nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Tuesday, 12 December 2017

Kerabu Kerang ala-Thai


Assalam...
Ngences bila terlihat video lelaki siam yang makan sambal atau kerabu sambil mencangkung tu.  Salah satu  kerabu yang sempat tengok kerabu kerang, sotong dan macam-macam lagi kerabu dan sambal colek dia buat.  Kalau tak tahan memang mau menjejer air liur keluar, nasib tak mengidam.



Sebab tak faham bahasa yang dia guna tu, kita tiru ikut apa yang dapat diingat.  Buat ikut citarasa sendiri dan bahan yang senang dapat, yang penting sos nampla (sos ikan/ sotong) kena ada.  Pesanan penting nenek - ketika makan, duduk sila biar sopan jangan pula makan sambil mencangkung ya. 



Perasa hanya guna ini, kicap cair, gula perang dan sos ikan.  Garam pun kami tak letak.


Sangat senang nak sediakan, campurkan saja semua bahan dalam mangkuk.  Last sekali perah limau nipis dan masukkan segala perasa (gula, sos ikan dan kicap cair).


Kerabu Kerang ala-Thai
Sumber: En. Abe


Bahan-bahan
1 kg kerang
1 biji tomato (buang biji)*
1 gengam tomato cery - belah dua
3 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
3 biji limau nipis / guna lemon pun boleh
2 batang serai*
5 bji cili padi*
3 tangkai daun ketumbar*
2 tangkai daun sup*
sos ikan
gula perang
kicap cair 



Cara Penyediaannya

*  Rebus kerang dengan air yang sedikit, saya letak 3 biji bawang putih ketuk kasar. 
*  Rebus hingga air mendidih seketika.  Matikan api.  Jika rajin buang kan kulit kerang separuh.
* Hiris halus semua bahan bertanda '*", bawang putih cincang halus.
* Masukkan kerang rebus ke dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan yang telah dihiris halus.
*  Perahkan asam limau / lemon, tambah gula perang, sos ikan dan kicap cair.
*  Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
*  Hidangkan bersama nasi panas. 




Rata sampai habis atau sampai bibir kembang dan bengkak.  Sebab teringin sangat lupakan seketika pasal alahan, syukur hanya sekadar bibir bengkak seketika dan gatal sikit-sikit.
Wassalam.