Monday 29 October 2012

Cucur Ikan Bilis bersama kopi 'O' dikala hujan gerimis

nasamulia
Cucur Ikan Bilis Cicah dengan Sambal Kicap
Assalam, dah seharian hujan kat luar. Plan gi raya umah member terpaksa ditunda, tunda ke malam nie plak.  tiupun kalau ujan tak turun.  Petang2 nie, teringin nak makan cucur plak. Nasi Impit dan lodeh ada lagi kt dapur, tapi tekak selera benda lain plak. En. Hubby pulak kerja hari ini. Tinggallah Mulia sorg2 kt umah nie. Bosan pun ada, dah cuba baca buku yang ada, tp masalah lain plak datang, x sampai separuh muka surat, kantuk yang x boleh ditahan2... tak boleh jadi. Tido dah banyak sangat, kepala pun dah rasa biul, mabuk tidur....so jom jenguk2 ada apa kt dapur....bahan2 ape yang ada tuk wat cucur idaman tekakku ini....hehehe


Sambil menunggu cucurku masak, buat Kopi "O" dulu sebagai peneman hidangan petang ini. Mulia buat Kopi "O" cair2 jer, pekat2 sgt yg orang selalu kata urmp or kaw2 tu Mulia tak dapek nak telan. Sebenarnya Mulia penggemar teh "O" tapi nak mengubah selera petang nie, makan cucur bilis dengan kopi "O" ketika hujan gerimis...eh cam tak tajuk novel lo pulok...apa dah mengarut jer.


Kopi "O" light je....pekat2 sgt tekak x layan plak.

Moga lepas ini dapat nak tumpukan perhatian untuk teruskan pembacaan pada buku2 yang ada. Makan Sambil membaca pun boleh jugak, tapi ada orang kata kaedah ini x elok untuk diet. Xpe, lupakan dulu soal diet..skip sehari ini, kan masih musim raya..

nasamulia
Gandingan Mantap - Cucur Ikan Bilis dengan Kopi "O"
Sambil makan, toleh2 kt tingkap kot2 suami dah balik....

No comments:

Post a Comment