Thursday 10 January 2013

Bubur Herba Faiza - Kaya Khasiat Kekacang.

nasamulia
Assalam semua,
Kepada penggemar bubur nasi, jom cuba masak Bubur Nasi Herba Faiza.  Selalu bila kita makan bubur nasi mesti ada bahan2 sampingan disertakan seperti telur masin, lobak masin, ikan bilis goreng, kacang goreng, isi ikan masin goreng, bawang goreng, daun sup atau bawang dan sebagainya. Paling ringkas pun bubur nasi nakan dengan ikan bilis dengan kicap jer.

Berlainan dengan bubur herba Faiza ini, berasnya telah dicampurkan dengan pelbagai jenis kekacang (yang Mulia sempat perati ada kacang hijau, kacang tanah, kacang dal) dan turut disediakan secara berasingan rempah dan kismis.  Makna kata kita cuma perlu letakkan garam dan sedikit perasa ke dalam bubur.  Rempah dan kismis dimasukkan ketika bubur dah betul2 masak.  Rasa bubur ini seakan-akan bubur lambuk berempah, namapun bubur herba ya tak.  Kalau masak sepeket (lebih kurang 1kg) boleh makan untuk sepuluh orang. 

Nak masak bubur ini senang saja, aturan memasak ada disertakan pada pembungkusnya..Tapi kalau nak lagi sedap atau tambah nilai, bolehlah masak bersama isi udang, ikan, ayam atau daging.. Bubur ini sesuai untuk mereka yang kurang selera makan atau rase2 tekak x berapa nak sihat. 
Selamat mencuba, Wassalam.

2 comments:

  1. Nak Tanya ada dijual di Mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ada jual dalam paket2 sekilo di supermarket, Giant, Mydin atau Tesco.

      Delete