Wednesday 9 January 2013

Lempok Durian untuk Mama

Lempok Durian Untuk Emak.
Assalam wbt.
Alhamdulillah siap jugak lempok durian untuk emak.  Musim durian baru ini, memang banyak gerai durian sepanjang jalan dari rumah ke tempat kerja.. teringat pesan mak nak makan durian, almaklum kampung Mulia tak banyak orang tanam pokok durian harga pulak mahal.  Nak tapau bawa balik kampung, nanti tak lepas kt airport pulak.  Kalau dapat lempok ini boleh lah emak merasa durian.  Mak memang suka makan durian, kalu dapat lempok ini bukan di makan macam tu jer.  Nanti emak akan olah pulak lempok ini untuk mengahasilkan menunya tersendiri, sekurang2nya lempok ini akan dicampurkan dalam bubur kacang, bubur pulut hitam atau pengat yang dibuat.
Nak ikutkan senang jer resepi nak buat lempok ini. Tetapi kena peruntukkan masa dan tenaga yang lebih untuk menggodaknya.
nasamulia
Lempok yang dah likat & siap masak
Lempok Durian
5 kg isi durian yang telah dibuang biji (guna durian yang jual longgok jer, tak perlu musang king atau yg high grade) 
1 kg gula pasir
Sedikit Air.
*Gaulkan semua bahan dan masak hingga pekat dan likat.  Seeloknya masak dalam kuali untuk menyenangkan kerja2 nak menggodek.  Nak mengacau lempok ini ada seakan-akan mengacau dodol jugak, makan masa lama dan kena kacau sentiasa.  Kalau tak tunggu alamak berkeraklah dan hanguslah lempok tu.
*Nak senangkan kerja, mulia masak lempok ini sekejap2 kacau lebih kurang dalam setengah or sejam, Stop. x larat tunggu lama2.  Sebab tu lempok mulia makan masa berhari2 nak siap.. Tetapi mula2 masak tu kena tunggu lama sikit, sekurang2nya sehingga nampak kekuningan.

No comments:

Post a Comment