Saturday 19 January 2013

Sekali Sekala layan Mee Segera..

nasamulia
Mee SegeraPerasa Soto
Salam sejahtera semua,
Tiada idea dah ker nak ditulis? sehinggakan mee segera pun dijadikan entri.  Bukan apa, berbalik kepada tujuan asal nak berblog ni kan nak berkongsi pengalaman hidup.  Jadi klau en3 kali ini sekadar biasa2 dan tiada umph! tak menjadi masalah, semua orang bebas nak letakan apa2, asalkan tidak memberi aib, berunsur fitnah mahupun berunsur lucah.

Terkadang nak tukar selera, makan mee segera je, senang, cepat dan mudah disediakan.....hehehe.  Kita sedia maklumkan mengamalkan mee segara boleh mendatangkan mudarat kemudian hari sebagaimana info yang banyak kita temui.  Sejauhmana kebenarannya, kajian yag lebih komprehensif perlu dijalankan.  Cuma Mulia nak sarankan kalau nak makan mee segera pun, janganlah makan macamtu saja.  Letakkan sesuatu untuk menambah baik nilai gizi ke atas mee segera itu.

Tambahkan sayur-sayuran, telur, seafood atau daging.  Kaedah masak pula boleh dipelbagaikan bukan hanya direndam mee segera itu dengan air panas. Tumiskan bawang, patah2kan cili padi, perah asam limau dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Barulah terangkat mee segera ituRupa mee segera yang hambar dan kejung asalnya boleh ditukar menjadi lebih jelita....hehehehe

No comments:

Post a Comment