Friday 24 May 2013

Kunyit

nasamulia
Daun kunyit begitu penting dalam masakan seperti rendang dan masak lemak untuk menambahkan aroma pada masakan
Salam wbt...
Kunyit antara tumbuhan pelbagai guna yang diwarisi penggunaanya sejak beribu-ribu tahun dahulu.  Mulia tidak akan membincangkan secara saintifik berkenaan tumbuhan ini, kerana Mulia bukanlah orang yang pakar berkenaan tumbuhan.  Sekadar berkongsi info sedikit berkenaan tentangnya.

Bagi mereka yang hanya kenal serbuk kunyit yang tersedia dalam paket dan dijual dikedai runcit.  Mulia harap entry ini dapat membantu kawan-kawan mengenali bagaimana bentuk pokok yang menghasilkan serbuk berwarna kuning itu.

nasamulia
Pokok kunyit yang matang akan mengeluarkan bunga berwarna putih.  Bagi menggemar ulam, bunga kunyit muda boleh dijadikan ulam
nasamulia
Ubi Kunyit - Dari ubi kunyit yang matang diproses untuk menghasilkan serbuk kunyit yang digunakan secara meluas dalam dunia masakan, perubatan dan kecantikan.

Wassalam..

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa KL hari itu...

nasamulia
Acara pada Majlis perasmian pada 1 Mei 2013  
Assalamualaikum...
Entri yang patut di post dari awal, asyik tertangguh manjang. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 26hb April hingga 5hb Mei lepas.  Syukur Mulia dan suami dapat meluangkan masa pada petang 1 Mei lepas, sempena cuti hari buruh.  

Bila ada sehari cuti kelepasan, tau sajalah orang-orang KL ini masing-masing dah ada plan tempat mana yang hendak di tuju dan salah satunya pesta buku.  Peluang sebegini sukar dilepaskan oleh sesiapa pun, yang single, berduet mahupun ibu bapa masing2 datang dengan niat mencari bahan bacaan. 

Melihat kehadiran pengunjung sepanjang pesta buku berlangsung, menunjukkan yang orang Malaysia ini suka membaca.  Namun mengapa statistik mengatakan yang orang Malaysia masih kurang membaca berbanding negara-negara lain? Kunjungan kami agak lewat pada petang itu dengan harapan pengunjung yang datang sejak pagi dah beransur balik.  Namun sebaliknya satu yang balik, berpuluh-puluh pengunjung lain yang datang.   

nasamulia
Diskaun buku dan majalah menjadi tarikan...ikutkan hati nak angkut semua balik rumah
nasamulia
Agak sukar mencari buku yang diingini kerana pergerakan terbatas dan terlalu sesak disebabkan kehadiran pengunjung yang luar biasa pada petang itu.
nasamulia
En. Abang gembira dapat bertemu dengan Penulis Hilal Ashraf yang banyak menghasilkan novel-novel berunsur motivasi dan islamik.
nasamulia
Rehat sebentar sambil menikmati snek yang dijual pada petang itu, kami antara yang bernasib baik kerana mendapat tempat duduk (berkongsi dengan pengunjung lain)
Jumpa lagi di Pesta Buku Antarabangsa tahun depan (2014)...In Sha Allah.  Wassalam.

Mengintai Halaman Mak

nasamulia
Halaman Depan Sebuah Rumah Kampung
Assalamualaikum...
Balik kampung baru ini Mulia rasa terpanggil pulak nak merakam apa yang ada dihalaman rumah mak, klip sana klip sini terjumpa semua ini.  Bestnya kalau lah dapat bercucuk tanam di kota ini, sekurang-kurangnya kita tahu sumber  yang kita makan dan terjamin selamat.

Pokok herba;
nasamulia
Pokok kemangi dan labu kuning - Kemangi ini salah satu tumbuhan wajib sebab mak suka  buat sambal daun kemangi atau meletakkan dalam sayur bening.
nasamulia
Pokok Serai
nasamulia
Kunyit - juga wajib....serbuk kunyit tak pernah beli, mak proses sendiri daripada menanam pokok kunyit hingga menjadi serbuk kunyit.
nasamulia
Pokok ini, Mulia tak tahu namanya tapi dipercayai khasiatnya daunnya baik untuk mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis, Mulia datangkan khas dari Pulau Pinang untuk ditanam, istimewa untuk mak mengawal tekanan darah tinggi beliau.
nasamulia
Pokok cili padi yang tumbuh liar di halaman rumah, tunggu dipetik je bila terasa nak buat sambal.
Pokok Bunga
Variasi pokok bunga tak banyak di tanam, yang menonjol ada 2 jenis.  Mahkota Berduri dan Ixora. Penduduk kampung Mulia ramai yang menanan bunga mahkota berduri ini, boleh kata setiap rumah mesti ada.  Agaknya mak pun ter in fluent sama oleh kawan-kawan dia. 
nasamulia
Bunga Mahkota Berduri
nasamulia
Mahkota Berduri versi putih pulak
nasamulia
Ixora atau Bunga Siantan, selain untuk bunga yang cantik, mak tanam untuk dijadikan pagar.
Pokok Buah dan Sayur
nasamulia
Jambu batu, Ini kegemaran Mulia
nasamulia
Pokok Kedondong yang dah mengeluarkan hasilnya, Mulia perhati dari kecil mak memang suka menanam  pokok ini.
nasamulia
Pokok Jambu Bol, Kelapa Pandan dan Nanas yang belum mengeluarkan hasil, dicelah-celah itu terdapat pokok lengkuas.
nasamulia
Pokok terung bulat, pokok wajib di halaman sebab setiap hari mereka suka masak dan makan sayur bening.
nasamulia
Pokok Belimbing Buluh yang dah mula berbunga.
View yang boleh dilihat di belakang, depan dan sisi rumah.
nasamulia
Pandangan ke arah belakang rumah, ladang serai jiran dan pokok kelapa sawit.
nasamulia
Pandangan ke arah hadapan rumah, kebun pisang nipah (Pisang Sabah)
nasamulia
Pandangan sisi rumah, kebun sayur jiran 

Indahnya kehidupan di kampung, udara segar di kelilingi pokok-pokok hijau.  Sayur-sayuran dan buah-buahan kampung memang tak putus.  Berjasa pada tanah pasti akan menuai hasilnya, itulah yang diamalkan oleh kebanyakan penduduk di kampung Mulia.
Jumpa lagi, Wassalam.

Ambuyat or Kapurung versi Bugis

nasamulia
Kalau Ambuyat terkenal dengan masyarakat Brunei dan Sarawak, Bugis juga mempunyai hidangan yang hamir sama dikenali sebagai Kapurung 
Assalamualaikum...
Salam sayang kepada semua, hari ini cuti kawan2 pergi mana? Hari ini Mulia tak gi mana2, so boleh nak up date blog.  Entri kali ini Mulia ingin share makanan tradisional orang Bugis (khasnya Bugis daerah Palopo di Sulawesi Selatan) yang dikenali sebagai Kapurung.
  
Kapurung ini mempunyai persamaan dengan makanan tradisi Brunei dan Sarawak iaitu Ambuyat.  Secara tradisinya orang Bugis Palopo menjadikan kapurung sebagai makanan ruji mereka berbanding dengan suku bugis yang lain iaitu nasi.  Kapurung orang Bugis di perbuat sama ada menggunakan tepung sagu atau kanji.  Pelengkap bagi kapurung adalah sayur bening, sambal belacan, asam limau dan sumber protein daripada ikan masak asam.  
Hidangan ambuyat orang Brunei dan Sarawk pulak terdiri daripada ambuyat, sup (sebarang jenis sup), sayur, sumber protein dan sambal belacan. Begitupun masyarakat Brunei dan Sarawak hanya menggunakan tepung sagu untuk membuat ambuyat.  Ini bersesuaian dengan bekalan daripada sumber pokok sagu (pokok kabung) yang banyak di kawasan tersebut.  

Teknik hidangan ambuyat dan kapurung nyata berbeza, di mana kapurung dicampurkan sekali dengan sayur dan sumber protien terus dihidang dalam satu mangkuk atau pinggan.   Ambuyat pulak dihidang secara berasingan dan kondimen hidangan diletak mengelilingi mangkuk ambuyat.  Ketika seseorang hendak menikmati Ambuyat, ketika inilah mereka akan mengambil ambuyat menggunakan chopstick dan memilih kondimen yang disukai. 

Oleh kerana masyarakat Bugis di Sabah telah bercampur aduk dari pelbagai suku, evolusi hidangan ini jugak telah diubahsuai mengikut citarasa penggemarnya.  Orang Bugis yang bukan Bugis Palopo asli tidak menjadikan  hidangan kapurung  sebagai hidangan utama sebaliknya hanya disajikan sebagai menu untuk minum petang atau hidangan ketika santai.

Resepi kapurung yang Mulia turunkan disini adalah yang diperbuat oleh anak buah Mulia sendiri.  Kerana di kalangan family Mulia, memang dia yang paling suka menyediakan hidangan ini.
nasamulia
Masakkan tepung ubi bersama air hingga kenal dan tepungnya menjadi jernih. Semasam proses memasak, adunan perlu dikacau sentiasa untuk memastikan tepung ubi masak sekata.  Setelah itu, bentukkan bulat sebesar bole ping pong dan rendamkan ke dalam air sejuk.

nasamulia
Bila bila biji kapurung dah sejuk, bolehlah di toskan airnya dan ketepikan, seperti dalam gambar di atas.  

Sediakan pulak sayur-sayur untuk membuat kuah bening.  Pelbagai sayur-sayuran boleh dicampurkan ke dalam kuah bening ini.  Petang itu, Patma menggunakan sayur terung, jantung pisang, kacang panjang bersama bayam.  ketika sayur dah masak, masukkan isi ikan sardin lenyek dan biji-biji kapurung ke dalam sayur bening.

nasamulia

Lenyekkan isi  ikan sardin.  Sardin brand apa pun boleh di campurkan ke dalam kapurung. Tapi sardin yang cap ayam tu jugak yang terbaikkkk menjadi pilihan.
nasamulia


Campuran butiran kanji (Kapurung) bersama sayur bening.  Ready to eat..mari, mari, orang kampung semua  kita nikmati kapurung.  Tak sempat orang kampung datang, anak beranak sepupu sepapat pun ramai ini.  
nasamulia

Pelengkap kepada hidangan Kapurung adalah sambal belacan lagi dan lagi (terangkat pedasnya) bersama asam limau.
nasamulia

Anak-anak sedara, cucu cicit semua bekumpul, santai menikmati Kapurung sebagai hidangan petang mereka.

Kapurung
Resepi : Puan Patmawati Slamat

Untuk biji Kapurung
1 paket tepung ubi (300gm)
2 liter air.

Cara membuatnya;
1. Gaul tepung dan air sehinnga sebati.
2. Masakan tepung ubi sehingga kental. Jangan lupa kacau ketika memasak terutama ketika kanji hendak membeku. Masak sehingga kanji kelihatan jernih.  Kalau ada warna putih maksud belum cukup masak.
3. Bulat-bulatkan sebesar biji ping pong dan masukkan ke dalam air sejuk.
4. Bila biji2 kapurung dan sejuk, toskan air.

Untuk Sayur Bening
3 biji Terung bulat or panjang - potong kecil
2 biji Jantung pisang - potong kecil
300gm Kacang Panjang - potong panjang
300gm Bayam - bersihkan
setangkai daun kemangi - asing dari tangkai
Air 3 liter
Garam dan serbuk perisa
1 tin isi ikan sardin lenyek - sos ikan boleh jugak dimasukkan ke dalam kuah.
*Pucuk sayur lain boleh digunakan seperti pucuk daun kacang, daun kelor (daun mungai) dan hirisan jagung.
5 biji limau kasturi - belah dua

Cara membuatnya.
1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sayur-sayuran.  Mulakan dengan memasak sayur yang agak keras dulu kemudian sayur berdaun.
2. Perasakan dengan garam dan serbuk perisa
3. Masukkan isi sardin, kacau dan angkat.

Untuk Sambal Belacan
1 ketul belacan bakar
Cili padi segenggam (ikut pedas yang dikehendaki)
Garam
Perasa
Gula
Jus limau

Cara membuatnya
1. Satuka semua bahan ke dalam lesung batu kecuali jus limau
2. Tumbuk sehingga lumat dan masukkan jus limau

Selamat mencuba, Wasallam....

Thursday 23 May 2013

Burongko, Dessert Khas Orang Bugis

nasamulia
Burongko yang telah siap dimasak.


Assalamualaikum wbt...
Ermm enaknya dapat menikmati juadah yang disediakan oleh ibu, lebih-lebih lagi makanan tu susah untuk diperolehi di mana-mana.  Dessert favorite ibu Mulia yang dinamakan sebagai Burongko dan ada juga yang menyebutnya sebagai Borongko.

Burongko ini merupakan dessert tradisional orang Bugis yang diperbuat daripada bahan yang cukup asas, isi pisang nipah, santan, gula dan telur.  Campuran bahan2 ini tadi akan diisi ke dalam kelongsong yang diperbuat daripada daun pisang nipah.  Hidangan ini merupakan salah satu isi dalam busara (tempat mengisi kuih) ketika majlis2 keramaian orang Bugis seperti majlis akikah, perkahwinan, maulud nabi dan sebagainya.

nasamulia
Gambar di atas merupakan kelongsong yang telah  siap dibentuk yang betindak sebagai acuan untuk burongko.  Seeloknya menggunakan dua lapisan daun pisang nipah (daun pisang lain agak kelat dan turut mempengaruhi rasa burongko nanti).  Lapisan luar menggunakan daun yang matang, manakala lapisan dalam menggunakan daun pisang di bahagian pucuk (hijau muda).

nasamulia
Isi pisang nipah yang telah dibuangkan bahagian hitam di tengah-tengahnya (empelur) untuk mendapatkan warna yang putih.  Jenis pisang lain agk kurang sesuai kerana senang teroksidasi yang akan mempengaruhi rasa dan warna burongko nanti.

nasamulia
Kisar isi pisang tadi menggunakan pengisar makanan sperti dalam gambar di atas, pengisar yang dalam gambar ini mak Mulia dapatkan daripada Arab Saudi ketika menunaikan ibadah haji.  Kalau kat sini tak tahu nak cari pengisar sebegini.  Ikut hati Mulia gunakan blander (lagi mudah dan cepat kerana pisang dan santan dikisar bersama).  Kawan2 taulah orang-orang tua lebih suka menggunakan cara tradisional mereka sendiri dengan alasan untuk mengekalkan rasa asli sesuatu masakan itu.

nasamulia
Isi pisang yang telah dikisar, seterusnya akan dicampurkan dengan gula pasir, telur dan santan.  Kebiasaan orang-orang tua tidak menggunakan ukuran metrik yang tepat hanya main agak-agak namun rasa dan tekstur yang diingini berjaya dihasilkan.  Begitu jugak halnya dengan mak Mulia.

nasamulia
Campuran isi pisang, telur, gula dan santan di kacau rata sehingga mendapat hasil seperti dalam gambar di bawah.  Adunan ini perlu dibuat cair utnuk menghasilkan isi burongko yang lembut dan lemak-lemak manis.  Mak mengajarkan tips pada Mulia bagaimana mendapatkan takat kecairan yang diingini.  Caranya dengan meletakkan senduk ke atas adunan, klau senduk tu tenggelam sendirinya dengan mudah bermaksud itulah takat kecairan yang diingini.  Maksud kalau kawan-kawan letak senduk atas adunan tapi senduk tersangkut atas adunan, cecair (santan) perlu ditambah.  

Gula jugak agak penting untuk mendapatkan hasil burongko yang terbaik.  Jus hanya akan keluar apabila kadar gula mencukupi.  So kalau terbuat burongko yang kurang gula, kawan2 fahamlah kenapa begitu.

nasamulia
Isikan kelongsong dengan adunan burongko, agak-agak setengah cawan ke satu cawan, bergantung kepada saiz kelongsong.  Jangan isi terlalu penuh untuk mengelakkan adunan tertumpah keluar ketika mengukusnya nanti.

nasamulia
Kukuskan sehingga masak, selalu klau Mulia maska tu tak pernah pulak setkan timming, lebih kurang 20 ke 30 minit, atau sehingga kelongsong daun pisangnya menjadi layu.  Kelongsong yang telah diisi perlu di ikat atau di sematkan dengan lidi.  Yang mulia selalu buat ikat kelongsong yang dah berisi secara couple (berdua-dua).

nasamulia

Beginilah isi dalam burongko (gambar bawah) yang telah masak, boleh dinikmati ketika masih suam atau disejukkan di dalam peti ais.  Klau nak freez pun boleh, yummy yummy rasa macam ice cream plak.  Burongko boleh tahan sehingga seminggu klau disimpan dalam keadaan sejuk (chiller) dalam fridge.  Klau Mulia tak sempat bertahan seminggu, kejap kuarkan satu, kejap lagi satu...tengok tengok dah habis.  Thanks mak sebab bersusah payah sediakan dessert ini untuk Mulia bawa balik PJ.

nasamulia
Berikut resepi untuk burongko yang Mulia dapatkan daripada mak...jom kita cek resepinya...Burongko yang terbaik adalah yang lembut, terasa lemak manis dan berjus.

Burongko
Sumber Resepi: Mak (Timah Binti Hema)

1 sikat isi pisang nipah yang cukup masak, asingkan isi dengan ampelurnya (takat masak yang sesuai untuk buat cekodok)
3 biji telur
1 cawan gula pasir (gula boleh ditambah dan dikurangkan mengikut tahap kemanisan yang diidami)
2 liter santan. 
1 sudu teh esen vanilla atau serbuk Vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur (jika suka)
Daun pisang untuk kelongsong.

Cara membuat adunan
1. Kisarkan isi pisang menggunakan pengisar makanan.  Kalau tiada peralatan seperti itu, boleh menggunakan blander.
2. Blander isi pisang dengan santan sehingga habis.
3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit terlebih dahulu. Masukkan gula dan santan.
4. Gaul sebati kesemua bahan, ikut tips di atas untuk mendapatkan takat kecairan yang diperlukan. Boleh rasa sedikit adunan untuk mendapatkan tahap manis yang diingini.
5. Isikan kelongsong secukupnya, 3 suku daripada dasar kelongsong.

Cara membuat Kelongsong
1.  Potong daun pisang selebar 5 - 6 inci.
2. Gunakan dua helai daun yang telah dipotong, sebaiknya gunakan daun pucuk muda untuk bahagian dalam
3. Letakkan benda keras (2.5 - 3 inci) di tengah daun pisang sebagai dasar dan untuk memudahkan mendapatkan bentuk kelongsong.
4. Lipatkan kedua-dua belah tepi kanan daun pisang masuk ke dalam, disudahi dengan melipat kedua-dua belah tepi kiri daun.  Lipatan boleh dimulakan dari sebelah kiri atau kanan.  Rujuk gambar di bawah.
5. Trim hujung daun pisang untuk mengemaskannya.

nasamulia


Selamat Mencuba....Wassalam.


Wednesday 22 May 2013

Betul ker Nama Negeri Sabah berasal daripada Pokok Pisang?

nasamulia
Rimbunan Pokok Pisang Sabah
Assalamualaikum wbt semua,
Nama Sabah berasal daripada pokok pisang?  Betul ker statement ini? setahu Mulia Pisang Sabah memang terkenal di negeri ini, masyarakat di sini juga menamakan pisang ini sebagai Pisang Sabah.  Serata negeri hanya mengenali Pisang Sabah, pergilah ke mana2 tempat di negeri ini, mereka kurang kenal sekiranya anda bertanya akan pisang abu atau pisang kapok atau pisang nipah, yang mana merupakan nama lain bagi pisang ini di Semenanjung Malaysia.  Hidangan pisang goreng yang menggunakan Pisang Sabah  amat popular di serata negeri sepopular hidangan keropok lekor di Terengganu mahupun Kelantan.


Terdapat juga artikel yang menyebut bahawa nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan 'saba' iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng.  Pisang saba ii juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun.  Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.


Asal usul nama Sabah juga dikenali sebagai SeludangDalam Bahasa jawa seludang dinamakan sebagai Sabah, sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.  Tidak menjadi persoalan sebenarnya sebab negeri Melaka pun berasal daripada pokok melaka.  Cuma bukti kesahihan antara keduanya yang membezakan, ini kerana nama Melaka dapat dibuktikan kerana adanya catatan sejarah berbanding asal usul negeri Sabah.

 
Mari saksikan rakaman gambar2 berkenaan pokok pisang Sabah, semoga anda mendapat gambaran yang sebenarnya.
nasamulia
Pokok yang baru ngeluarkan buah, jantung Pisang Sabah jugak boleh disajikan sebagai hidangan sayuran mahupun ulam.
nasamulia
Tandan Buah Pisang Sabah yang hampir matang untuk dituai.
nasamulia
Pemandangan Kebun Pisang Sabah yang ditanam secara meluas di negeri ini
nasamulia
Beginilah rupa bentuk Pisang Sabah yang masak setelah melalui proses pemeraman.
Wassalam.




























Thursday 16 May 2013

Ingat Kajang Ingat Sate

nasamulia
Yeahaa.....dah jumpa dah papan tanda Sate Kajang
Assalamualaikum..
Salam bertemu kembali di bulan Rejab penuh barakah ini, lama tak up-date blog akibat kesibukkan yang melampau, sibuk balik kampung untuk mengundi, pulun nak siapkan kerja then sibuk gi bercuti.  Jalan2 ke Kajang ini bulan lepas sebenarnya untuk menghantar barang, so agenda asal nak pergi makan sate itu memang takdeMemandangkan nak menunggu orang bershopping di Kajang Mall, kami yang malas bersesak dalam shopping kompleks tu mencari alternatif lain memenuhi masa terluang.
So apa lagi, bila teringatkan tempat bernama Kajang, tiada lain dalam benak ialah Sate Kajang.  Terdapat banyak sebenarnya tempat untuk menikmati sate di daerah ini.  Namun Mulia mula-mulanya dikenalkan dengan Restoran Sate Kajang Haji Samuri, terus jatuh cinta dan setiap kali datang untuk makan sate, memang tempat inilah yang di tuju.  Restoran yang terletak di perkarangan Stadium Kajang, betul-betul di tengah Bandar Kajang.  Mulia tak perlu cerita panjang sebab tempat ini memang terkenal seantero Malaysia dan penggemar sate memang tahu tempat ini.   Jom layan selera dengan Sate Kajang - Haji Samuri.......

nasamulia
Pesanan kami dah sampai, Sate ayam, Sate kambing dan Sate daging lembu....Bismillah jom jamu selera
nasamulia
Suasana restoran pada petang itu nak dapatkan tempat duduk pun susah,
nasamulia
Full - tak boleh gi dah.

nasamulia
Kos kami berdua....

nasamulia
nasamulia
Beginilah cara sate dibakar, dikipas menggunakan kipas elektrik...dapat bayangkan tak kalau guna kipas tangan....mau pengsan dan tercabut lengan.

nasamulia
Take Away counter, kalau rase lambat menunggu pakcik ini siapkan bungkusan, boleh bungkus sendiri yek.
Waktu Operasi - dibuka setiap hari
Isnin - Khamis dari 11.00 hingga 12.30am
Jumaat dari 3.30pm - 12.30am
Sabtu dari 11.00am - 12.30am
Ahad dari 11.30am - 12.30am
nasamulia
Produk baru - sate batang pinang lebih lembut dan sedap pastinya.
Ape komen cek abang ni ye tentang rasa sate kat sini?
nasamulia
Terbaikkkk....lain kali boleh datang lagi.
Wassalam.....