Friday 24 May 2013

Ambuyat or Kapurung versi Bugis

nasamulia
Kalau Ambuyat terkenal dengan masyarakat Brunei dan Sarawak, Bugis juga mempunyai hidangan yang hamir sama dikenali sebagai Kapurung 
Assalamualaikum...
Salam sayang kepada semua, hari ini cuti kawan2 pergi mana? Hari ini Mulia tak gi mana2, so boleh nak up date blog.  Entri kali ini Mulia ingin share makanan tradisional orang Bugis (khasnya Bugis daerah Palopo di Sulawesi Selatan) yang dikenali sebagai Kapurung.
  
Kapurung ini mempunyai persamaan dengan makanan tradisi Brunei dan Sarawak iaitu Ambuyat.  Secara tradisinya orang Bugis Palopo menjadikan kapurung sebagai makanan ruji mereka berbanding dengan suku bugis yang lain iaitu nasi.  Kapurung orang Bugis di perbuat sama ada menggunakan tepung sagu atau kanji.  Pelengkap bagi kapurung adalah sayur bening, sambal belacan, asam limau dan sumber protein daripada ikan masak asam.  
Hidangan ambuyat orang Brunei dan Sarawk pulak terdiri daripada ambuyat, sup (sebarang jenis sup), sayur, sumber protein dan sambal belacan. Begitupun masyarakat Brunei dan Sarawak hanya menggunakan tepung sagu untuk membuat ambuyat.  Ini bersesuaian dengan bekalan daripada sumber pokok sagu (pokok kabung) yang banyak di kawasan tersebut.  

Teknik hidangan ambuyat dan kapurung nyata berbeza, di mana kapurung dicampurkan sekali dengan sayur dan sumber protien terus dihidang dalam satu mangkuk atau pinggan.   Ambuyat pulak dihidang secara berasingan dan kondimen hidangan diletak mengelilingi mangkuk ambuyat.  Ketika seseorang hendak menikmati Ambuyat, ketika inilah mereka akan mengambil ambuyat menggunakan chopstick dan memilih kondimen yang disukai. 

Oleh kerana masyarakat Bugis di Sabah telah bercampur aduk dari pelbagai suku, evolusi hidangan ini jugak telah diubahsuai mengikut citarasa penggemarnya.  Orang Bugis yang bukan Bugis Palopo asli tidak menjadikan  hidangan kapurung  sebagai hidangan utama sebaliknya hanya disajikan sebagai menu untuk minum petang atau hidangan ketika santai.

Resepi kapurung yang Mulia turunkan disini adalah yang diperbuat oleh anak buah Mulia sendiri.  Kerana di kalangan family Mulia, memang dia yang paling suka menyediakan hidangan ini.
nasamulia
Masakkan tepung ubi bersama air hingga kenal dan tepungnya menjadi jernih. Semasam proses memasak, adunan perlu dikacau sentiasa untuk memastikan tepung ubi masak sekata.  Setelah itu, bentukkan bulat sebesar bole ping pong dan rendamkan ke dalam air sejuk.

nasamulia
Bila bila biji kapurung dah sejuk, bolehlah di toskan airnya dan ketepikan, seperti dalam gambar di atas.  

Sediakan pulak sayur-sayur untuk membuat kuah bening.  Pelbagai sayur-sayuran boleh dicampurkan ke dalam kuah bening ini.  Petang itu, Patma menggunakan sayur terung, jantung pisang, kacang panjang bersama bayam.  ketika sayur dah masak, masukkan isi ikan sardin lenyek dan biji-biji kapurung ke dalam sayur bening.

nasamulia

Lenyekkan isi  ikan sardin.  Sardin brand apa pun boleh di campurkan ke dalam kapurung. Tapi sardin yang cap ayam tu jugak yang terbaikkkk menjadi pilihan.
nasamulia


Campuran butiran kanji (Kapurung) bersama sayur bening.  Ready to eat..mari, mari, orang kampung semua  kita nikmati kapurung.  Tak sempat orang kampung datang, anak beranak sepupu sepapat pun ramai ini.  
nasamulia

Pelengkap kepada hidangan Kapurung adalah sambal belacan lagi dan lagi (terangkat pedasnya) bersama asam limau.
nasamulia

Anak-anak sedara, cucu cicit semua bekumpul, santai menikmati Kapurung sebagai hidangan petang mereka.

Kapurung
Resepi : Puan Patmawati Slamat

Untuk biji Kapurung
1 paket tepung ubi (300gm)
2 liter air.

Cara membuatnya;
1. Gaul tepung dan air sehinnga sebati.
2. Masakan tepung ubi sehingga kental. Jangan lupa kacau ketika memasak terutama ketika kanji hendak membeku. Masak sehingga kanji kelihatan jernih.  Kalau ada warna putih maksud belum cukup masak.
3. Bulat-bulatkan sebesar biji ping pong dan masukkan ke dalam air sejuk.
4. Bila biji2 kapurung dan sejuk, toskan air.

Untuk Sayur Bening
3 biji Terung bulat or panjang - potong kecil
2 biji Jantung pisang - potong kecil
300gm Kacang Panjang - potong panjang
300gm Bayam - bersihkan
setangkai daun kemangi - asing dari tangkai
Air 3 liter
Garam dan serbuk perisa
1 tin isi ikan sardin lenyek - sos ikan boleh jugak dimasukkan ke dalam kuah.
*Pucuk sayur lain boleh digunakan seperti pucuk daun kacang, daun kelor (daun mungai) dan hirisan jagung.
5 biji limau kasturi - belah dua

Cara membuatnya.
1. Didihkan air dalam periuk dan masukkan sayur-sayuran.  Mulakan dengan memasak sayur yang agak keras dulu kemudian sayur berdaun.
2. Perasakan dengan garam dan serbuk perisa
3. Masukkan isi sardin, kacau dan angkat.

Untuk Sambal Belacan
1 ketul belacan bakar
Cili padi segenggam (ikut pedas yang dikehendaki)
Garam
Perasa
Gula
Jus limau

Cara membuatnya
1. Satuka semua bahan ke dalam lesung batu kecuali jus limau
2. Tumbuk sehingga lumat dan masukkan jus limau

Selamat mencuba, Wasallam....

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete