Sunday 28 July 2013

Restoran Ban Sang Duan, Phuket

NASAMULIA
Restoran ini kecil jer boleh memuatkan kira-kira 20 hingga 30 orang sahaja, tetapi menu Thumb Up.
 Assalamualaikum,
Bagi pengunjung muslim yang hendak berkunjung ke Pulau Phuket Thailand, Mulia nak suggest satu restoran muslim iaitu Ban Sang Duan yang terletak di alamat 2 Moo 4 Thanom The Pkasatri, Phuket.  Senang cerita terletak di  jalan utama yang menghubungkan lapangan terbang Antarabangsa Phuket yang terletak di utara pulau ke kawasan selatan pulau.
Hari pertama sampai Phuket kami di bawa makan tengahari ke restoran ini, kedatangan kami awal sejam daripada waktu makan tengahari.  Kalau waktu Malaysia sekarang dah jam 1 masa untuk lunch, Phuket waktunya kurang 1 jam dari Malaysia menambahkan lagi rentak dan irama perut sementara menunggu hidangan disajikan.  Mulia hanya dapat manggagak bagaimana tune irama perut mereka yang selalu makan awal....erm mesti lagi kencang pukulan drumnye....

NASAMULIA
1st Day Lunch, Seafood Tomyam, Ikan stim, Sambal Petai Udang, Sayur Campur, ulam-ulam dengan sambal belacan, nasi putih dan potongan buah-buahan sebagai dessert.

NASAMULIA
Seafood Tomyam yang kaw

nasamulia
Sambal Belacan yang betul2 power, semakin pedas semakin asyik, rasa pun berbeza dengan sambal yang kita selalu jumpa di Malaysia

nasamulia
Ikan Stim - nampak simple but so delicious


nasamulia
Dalam setengah jam, beginilah keadaanya...Alhamdulillah kenyang

Yang penting sekali, restoran ini Halal...Logo Halal Thailand yang diiktiraf oleh Halal Jakim Malaysia.
Oleh kerana rasa makanannya yang sedap, kami meminta supaya pemandu pelancong membawa kami sekali lagi untuk makan tengahari di sini sebelum balik.  Namun gambar untuk yang kali kedua tak sempat nak snap...Wassalam.

Monday 22 July 2013

Ronda-ronda di Kota Medan

nasamulia
Masjid Raya Kota Medan
Assalamualaikum....

Sebagai N3 last untuk kunjungan kota Medan yang lalu jugak merupakan aktiviti kemuncak kami ketika di sana sebelum kembali ke tanah air.  Ikutkan hati, kami malas hendak keluar berjalan2 petang itu, mamandangkan cuaca yang terlalu panas membahang.  Namun digagahkan juga demi meninjau tempat-tempat istimewa seperti yang war-warkan sebelum ini berkenaan Pasar Pajak Ikan, Istana Maimoen dan Masjid Raya.

Tempat pertama yang di tuju adalah Pasar Pajak Ikan, di sinilah tempat penggemar untuk bershopping kain pasang, telekung, handbag, baju dan sarung.  Nasib kurang baik kerana hari ini adalah hari minggu dan kedai banyak yang tutup.
nasamulia
Kenderaan yang digunakan oleh si penjual jajan
Di Pajak Ikan kami sempat untuk menikmati bakso dan membeli jajan tentunya kacang medan sebagai ole-oleh untuk di bawah balik.   
nasamulia
Berehat sejenak sambil menikmati Bakso di Pasar Pajak Ikan, Kota Medan

Seterusnya kami meneruskan penjelajahan ke Istana Maimoen.  Dari Pajak Ikan ke sini kami menaiki motor beca lagi.  Dari Istana Maimeon ke Masjid Raya hanya berjalan kaki kurang dari 10 minit, begitu jugak untuk balik ke tempat penginapan. 






nasamulia
Kurator Muzium Istana Maimoen yang rancak memberi penerangan dan melayani kami

nasamulia
Bahagian Istana Maimoen yang didiami oleh waris kesultanan Melayu Deli

nasamulia
Binaan yang menempatkan Mariam Puntung yang dipercayai meletus sendiri ketika perang

nasamulia
Senarai Raja yang memerintah Kerajaan Melayu Deli dari tahun 1632 hingga tahun 1967.

nasamulia
Moto Pak Polisi - Melindungi dan Melayani
Wassalam.

Wednesday 17 July 2013

Khasiat Kurma..

http://images.wisegeek.com/bowl-of-medjool-dates.jpg
Kurma Medjool antara jenis kurma termahal di pasaran antara RM60 - RM70 sekilo - sumber photo dari google


Assalamualaikum wbt...


Buah kurma merupakan buah yang lengkap dengan khasiat dan  bertindak sebagai agen rawatan untuk mgekalkan kesihatan badan kerana ia mengandungi potassium, kalsium dan zat besi.
nasamulia
Organ dalam Badan Manusia - Sumber Google

Khasiat untuk Otak - merangsang minda selain mencegah anemia.
Khasiat untuk Jantung - mencegah penyakit jantung.
Khasiat untuk Darah - mencegah lebihan gula dalam darah sekaligus dapat mencegah penyakit kencing manis.
Khasiat untuk wanita hamil - merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Khasiat untuk tubuh badan - memberi tenaga dengan cepat dan memanaskan badan, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperkuat daya tahan badan, mencegah angina ahmar, dan mengatasi masalah penghadaman seperti sembelit dan kelesuan.
Agen pembunuh kuman dan penyakit dalam badan sebagaimana diriwayatkan dalam Hadis oleh al-Bukhari " Barang siapa memakan tujuh biji buah kurma sebelum sarapan, maka tidak ada sihir ataupun racun yang boleh mengganggunya pada hari itu".

Sememangnya Islam itu Indah dan Mudah, dengan makan buah pun boleh dapat pahala dan tenaga.  Mari amalkan sunnah nabi mendahulukan memakan buah kurma ketika berbuka dan bersahur, mudah-mudahan amal ibadah kita yang pincang di sana sini masih diterima Allah swt.  Wassalam!!.

Kurma Pelengkap Ramadhan.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/17/Dates_on_date_palm.jpg
Tandan Buah Kurma  - Sumber photo dari Google
Assalamualaikum..
Setelah seminggu berpuasa, baru ada kesempatan untuk up-date blog....begitulah super duper busy orang seperti saya yang bekerja dalam industri makanan.  Sebagai penyedia makanan untuk majlis berbuka puasa, menjadi satu kewajiban kami semua untuk bekerja berganding bahu agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Menarik yang Mulia hendak kongsikan adalah info berkenaan buah kurma yang menjadi pelengkap semasa bulan ramadhan.  Info ini Mulia dapatkan daripada surat khabar Harian Metro Ahad 14hb Julai 2013.  Credit kepada wartawan yang terlibat kerana memberikan info  berguna kepada pembaca semoga Allah memberikan pahala yang berganda kepada usaha anda itu.

Selain sebagai makanan sunnah dan sumber makanan yang berkhasiat tinggi, info tentangnya tidak pernah Mulia ketahui.   Menurut artikel tersebut, bahawa trerdapat  kira-kira 1400 species kurma yang di tanam di seluruh dunia yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kurma segar, rotab (matang serta lembut) dan kurma kering yang lebih dikenali sebagai tamar.

Terdapat 10 jenis kurma yang popular di tanam di seluruh dunia terutama di kawasan Timur Tengah, Amerika Syarikat, Rusia dan China.  Jenisnya adalah Kurma Nabi (Ajwa), Kurma Sekki, Kurma Barhi, Kurma Kholas, Kurma Khidri, Kurma Mactoumi, Kurma Sokari, Kurma Siraj, Kurma Majol dan Kurma Monief. 

Species kurma yang terbaik adalah kurma Ajwa atau dikenali sebagai kurma Nabi yang hanya terdapat Tanah Arab khasnya Madinah.  Kurma yang berkualiti ditentukan dengan corak penanaman di kawasan yang mengalami suhu ekstrem panas dan sejuk yang melampau.  Kalau nak tanam kat Malaysia ini, tempat mana agak2 yang sesuai?..

Di dalam Hadis Riwayat Ahmad, At-Tarmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah menyatakan bahawa; "Rasulullah berbuka dengan kurma basah (rotab), jika tidak ada rotab maka baginda berbuka dengan kurma kering (tamar), jika tiada tamar maka minum dengan seteguk air".  Sesungguhnya berbuka cara ini adalah sunnah dan berpahala untuk diamalkan.  Renung-runungkan, bagaimana dengan cara kita berbuka puasa?.....masyaAllah makanan dan minuman yang pelbagai sehingga memenuhi penuh meja.  Cara siapa kah yang kita amalkan, Rasulullah atau syaitan yang suka membazir....Nauzubillahi min zalik.

Wassalam.

Friday 5 July 2013

Menjauh-jauh dari Parapat - Brastagi - Medan

nasamulia
Pemandangan yang cantik yang dirakam oleh kamera yang tidak seberapa, tidak menjejaskan keindahan bumi ciptaan Allah ini..SubhanAllah.

Assalamualaikum...
Perkataan "menjauh-jauh" membawa maksud berhati-hati dalam bahasa batak.  Memang sesuai sangat dengan perkataan ini kerana perjalanan yang agak mencabar mendaki lereng bukit dengan keadaan jalan yang sempit.  Di kawasan berbukit ini tidak banyak petempatan ditemui, hanya hutan simpan dan hutan tanam semula dengan pelbagai pokok kayu lembut seperti pokok pine dan ramin.   Dari kawasan lereng bukit ini, kita masih boleh menkmati pemandangan Danau Toba dan penempatan di sekitar danau.
nasamulia
Antara kawasan perkampungan di tepi Danau Toba
nasamulia
Antara usaha untuk mengalihkan halangan dari pokok tumbang
Perjalanan kami terhenti di tengah pendakian kerana terdapat pokok tumbang merentang jalan yang memaksa pengguna dari semua arah terpaksa menunggu.  Menunggu lebih kurang 2 jam amat menyiksakan semua orang.  Pekerja yang memotong batang pokok masih tidak dapat menyelesaikan masalah, menyebabkan orang ramai mengambil keputusan untuk mengangkat pokok tersebut ke tepi jalan.

nasamulia
Saujana mata memandang daerah pergunungan Simulungun, di kiri kanan jalan terhampar dengan kebun sayur-sayuran
Menyaksikan keindahan air terjun Sipiso-piso seakan terubat rasa lelah di perjalanan.  Namun kami hanya mampu memandang dari tempat tinjauan paling atas dan tak sanggup untuk turun ke dasarnya.  Untuk turun ke dasar tidak menjadi masalah tetapi memikirkan hal untuk mendaki semua ke atas yang memaku kaki2 kami di point ini saja. 
nasamulia
Air terjun terkenal Sipiso-piso
Hampir senja dan seletah puas menikmati keindahan alam semulajadi tempat ini, kami meneruskan perjalanan ke Berastagi.
nasamulia
Longgokkan sayur kubis di salah satu rumah pengumpulan, mungkin sayur kubis yang kita beli di pasar datang dari daerah ini.

nasamulia
Tidak jemu untuk merakam keindahan Tanah Koro
nasamulia
Buah limau yang tersedia untuk diedarkan, agaknya ada antaranya yang akan sampai ke Malaysia.
nasamulia
Rumah makan di kawasan peranginan air terjun Sipiso-piso
nasamulia
Berastagi, kami hanya lalu di pekan ini setelah membuat keputusan akhir untuk terus balik ke Medan.
Wassalam... 

Nyaman Udara Danau Toba


nasamulia
Sebahagian penduduk tempatan menjalankan aktiviti harian di Danau Toba, dengan latar belakang Pulau samosir
Assalamualaikum....
Menempuh perjalanan jauh dari Medan ke Parapat yang mengambil masa antara 4 ke 5 jam dengan keadaan jalan yang kurang baik, cuaca panas di tambah kenderaan yang tiada penghawa dingin....amat-amat letih dan melelahkan.  Rasa bosan dan give up pun ada, dalam hati bila lah nak sampai ini.  Dalam keadaan yang kurang selesa kami memilih untuk tidur, dengan harapan bila terjaga nanti dah sampai tempat yang dituju...Ketika terjaga kenderaan baru sampai di pekan Kota Permatangsiantar yang terletak kira-kira 48 kilometer lagi untuk sampai ke Parapat.  Kami masing2 memandang antara satu sama lain, ada rambut yang kusut masai dan keras kerana dihinggapi habuk jalan, ada yang memutuskan untuk sambung tidur. 
nasamulia
Pandangan lereng bukit Danau Toba
Ketika kenderaan mula mendaki lereng bukit dan kawasan hutan simpan yang menganjur hingga ke tebing Danau Toba, udara segar dan keadaan sejuk mula terasa.  Mulia dikejutkan oleh teman ketika kenderaan mula menuruni cerun dan samar-samar danau mula kelihatan.  SubhanaAllah, cantik sungguh pemandangan ini, mata yang mengantuk mula segar kembali.  Terasa rugi bila terlepas merakamkan keindahan ciptaan Allah ini. 
nasamulia
Penternakan ikan air tawar dalam sangkar terdapat banyak di sini
nasamulia
Dua beranak ini tengah bekerja di kolam ternakan mereka
Di Parapat ini, aktiviti malamnya seakan tiada, hanya kedai2 makan dan cenderahati yang di buka.  Pengunjung yang keluar malam pun agak kurang, mungkin kebanyakkan mereka lebih suka makan di hotel masing2 atau duduk memerap dalam bilik, ini ditambah dengan keadaan angin yang membawa cuaca dingin  dari danau.   Rasa nak mengigil pun ada.


nasamulia
Deretan kedai yang menjual t-shirt dan cenderahati di Parapat

nasamulia
Bot penumpang yang pakrir di hadapan hotel

nasamulia
Breakfast yang disediakan oleh pihak hotel

nasamulia
Kanak-kanak danau ini meminta penumpang feri menjatuhkan syiling dan mereka akan menyelam mendapatkannya, mungkin bagi pengunjung aksi mereka ini sebagai satu hiburan, namun kenyataannya kerja ini sebagai sumber pendapatan mereka.

nasamulia
Horas (Hello / Selamat) Pulau Samosir
Wassalam.

Promosi IFTAR RAMADHAN DI PICC

nasamulia
Assalamualaikum,


Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Eden Catering akan bergabung sekali lagi dengan Putrajaya Convention Centre (‘PICC’) bagi menjayakan Iftar Ramadan di PICC.



Iftar Ramadan di PICC ini menawarkan Bufet Ramadan dengan hidangan terbaik Melayu, Barat dan Oriental.  Antara juadah yang ditawarkan adalah hidangan Ikan Air Tawar Melayu seperti Ikan Masak Tempoyak, Masak Lemak Ikan Salai dengan Belimbing Buluh, Ikan Goreng Cili Hijau dan Asam Pedas yang mengecurkan.  Pada masa yang sama, Pihak Eden juga menampilkan hidangan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan seperti Kambing Panggang, Char Kway Teow, Ikan Bakar, Dim Sum dan juga Nasi Mandhi.  

Anda mempunyai perancangan untuk mengunjungi Iftar Ramadan di PICC? Menu akan bersilih ganti setiap minggu agar pelanggan sentiasa mempunyai pelbagai pilihan untuk berbuka, manakala hidangan kegemaran anda akan dihidangkan setiap hari.

Para pelanggan boleh menjamu selera hidangan di Restoran PICC, di mana pelanggan juga akan menikmati pemandangan indah Putrajaya di waktu senja, sambil berhibur dengan persembahan musik tradisi.

PICC juga menawarkan parkir berbumbung percuma dan kemudahan solat di surau yang berhawa dingin.  Bufet akan disediakan setiap hari dari pukul 6 petang – 10 malam bermula dari 12 Julai – 6 Ogos 2013.

Harga untuk dewasa ialah RM 70 bersih, RM 29 bersih untuk kanak- kanak 6 - 12 tahun manakala PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi nombor dan email yang tertera di talian 03-8887 6230 / 03-8887 6231 / 019 259 4334 or edencateringsales@edenzil.com atau layari website di www.edenfood.com.my.

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.  Wassalam.