Tuesday 27 August 2013

Ketupat Palas versi KL..

nasamulia
Ketupat Palas, ada kacang tu pasal mahal ker?
Assalamualaikum...
Masih dengan mode raya, tapi tak tau nak gi beraya kat mana?   Orang bandar beraya tak macam orang kampung, orang kampung bila2 masa boleh datang dan menerima tetamu...kat bandar ini, kalau orang tak buat open house tak boleh datang beraya.
Teringat masa kanak2 kat kampung dulu...mak selalu kejut dari tidur sebab ada tetamu datang beraya jauh2 malam.  Bukan malam sangat pun dalam kul 9 ker 10 je, jam2 segitu dah larut kalau kat kampung..
nasamulia
Harganya boleh wat mak aku tercekik bila mendengarnya....standard lah KL beb.
Ketupat ini beli kat gerai tepi jalan di Pantai Dalam, ketika mencari gerai nasi lemak kukus ayam berempah...En. Hubby terpandang lemang dan ketupat, rasa teringin so kami singgah beli ketupat. Main teka rega paling mahal pun dalam RM5 jer, so amik satu ikat 5 biji, bila nak bayar abang tu cakap RM8.00.  Minda fening nak menconggak, satu berape yek....kalau RM1.50 satu, eh baru RM7.50....eh apeda wat pening plak....klau rasa teringin, beli jer, makan jer, duit boleh dicari, jangan kedekut kata en. hubby...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment