Monday 19 August 2013

Menjelajah Bumi Pahang sambil Beraya.....

nasamulia
Beraya di rumah sedara ayah di Felda Sg. Tekam Utara
Assalamualaikum..
Dengan izin dan kesihatan yang dikurniakanNya, dapat kami sekeluarga beraya di rumah sedara mara ayah mertua yang terletak di merata tempat di bumi Pahang ini.  Petang raya pertama, kami berangkat ke rumah mak ngah (sepupu ayah) di Lentang dan Mela.

Hari kedua, ayah kerah semua anak-anak dan menantu bergerak awal pergi beraya ke Felda Sg. Tekam Utara dan Jerantut.  Petang dan malam teruskan beraya di rumah jiran-jiran dan kawan-kawan mertua.

Hari Ketiga, sebelah pagi beraya di rumah kawan-kawan suami di sekitar, Damak dan Kg. Batu Balai. Manakala Ibu mertua dan adik2 yang lain berkunjung ke Kg. Budu.  Sebelah petang dan malam pulak kami menunggu kedatangan tetamu datang beraya.
nasamulia
Ikhlas meraihkan tetamu yang berkunjung akan membawa limpahan pahala dan berkat yang tak terhingga.
nasamulia
Beraya Di rumah Mak Ngah (Sepupu Ayah), Lentang
nasamulia
Rumah Sedara ayah jugak...lupa pulak nama kampung ini.
nasamulia
Sambil beraya, tidak lupa menjeling pokok durian sebelah rumah....hehehe (silap timing plak...)
Aik????....apesal beraya semua rumah sedara belah ayah jer?   Sedara mak mertua takde ker? Yelah sebab ayah mertua Mulia orang Pahang, jadi sebahagian sedara mara dia masih menetap di Pahang, sebahagian lagi di Johor dan Terengganu.

Mak mertua pulak asal dari kelantan, so sedara mara semua kat Kelantan lah...Maaflah kami hanya sempat melawat yang duduk dekat-dekat saja.  InsyaAllah di lain kesempatan melawat sedara yang lain pulak di Kelantan, Terengganu dan Johor...Amin.  
nasamulia
Peluang berkenalan dengan sedara mara sambil menjamu selera
Wassalam.


No comments:

Post a Comment