Wednesday 18 September 2013

Selamat Pengantin Baru Siti Aisah & pasangan

nasamulia
Assalam semua...
Ahad lepas Mulia dan suami sempat menghadiri majlis persandingan anak saudara kawan baik Mulia di Kg Sungai Balang Besar (Darat), Muar.  Semoga jodoh pasangan pengantin ini berkekalan hingga ujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang comel.   Amin Ya Rabbalalamin.  

Tak sedar masa begitu pantas berlalu, perkenalan Mulia dengan keluarga ini pun dah masuk 20 tahun.  Alhamdulillah perkenalan dan silaturahim masih dijaga baik hingga kini, adalakalanya perhubungan itu seakan hubungan keluarga mahupun sedara dekat.  Masa itu, dak Ai (panggilan untuk Siti Aishah) ini masih baby lagi.  Kini dah melangkah ke alam rumahtangga.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment