Thursday 10 October 2013

Siakap Stim Ala Emerald Suace..



Assalam wbt...
Ikam stim...erm memang kegemaran Mulia berbanding dengan yang digoreng dan dimasak 3 rasa atau sweet sour. Mungkin sebab Mulia ni bukan pengemar sos cili atau tomato, en. abang pun sama.  

Kalau dapat ikan stim seekor boleh licin kami dua orang kerjakan.  Korek tang mata, otak, isi pipi tinggallah tulang-tulang yang sudah licin dan bersih.  Kawan baik i cakap jin pun tak dapat nak makan dek tulang yang bersih itu.  

Ikan siakap ini beli di pasar malam  Setia Alam hari tu, baru sempat nak masak.  Isi fresh lagi sebab simpan baik dalam freezer.  En. Abang cakap nak buat ikan stim, itu sudah bagus, Mulia senyum sampai telinga.  Ingatkan ikan stim kali ini sama macam yang buat sebelum ini. 

Sekali dah dihidang lain macam.  Rasa pun lain lah.  Erm baru Mulia teringat rasa ada macam ala-ala emerald sauce cuma warnanya jernih dan tak berwarna hijau jer.



Ikan Stim Ala Emerald Sauce
Resepi: En. Abang Nas

1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan dan buang tulang tengah (debone), lumur sedikit garam dan perahkan dengan limau.  Stimkan ikan hingga masak.
Garam
Gula dan bahan perasa secukupnya

Bahan yang perlu dihiris halus dan di cincang
2 batang serai
2 batang bunga kantan
3 biji cili padi (tambah ikut pedas yang dikehendaki)
3 biji bawang putih
1 biji tomato
- Campurkan semua bahan hiris dengan segelas air dan masakkan sehinnga naik bau.  Perasakan.  Sos ini agak masam dengan bau kuat serai dan bunga kantan.  Tuang sos yang panas ke atas ikan yang telah distim. 
- Sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment