Tuesday 8 October 2013

Tradisi TOL, Dalam Perkahwinan Melayu Johor.



Assalam wbt..
Pernah tak kawan2 pengalami peristiwa membayar tol atau menerima duit tol dalam majlis perkahwinan?  Kalau anda menghadiri majlis perkahwinan di negeri Johor, sudah tentu anda akan menyaksikan tradisi ini.


Mereka yang mungkin tidak biasa dengan tradisi ini atau berasal dari negeri lain akan merasakan bahawa ini merupakan satu penderaan kepada pihak pengantin lelaki kerana perlu menyediakan duit yang lebih. Namun inilah tradisi suai kenal antara dua pihak yang masih terus diamalkan hingga kini.  Bukan bertujuan untuk mendera atau mengutip wang, tetapi merupakan sessi berkenalan-kenalan pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan.

Berikut adalah gambar-gambar berkenaan tradisi membanyar tol ketika majlis perkahwinan anak saudara kawan baik Mulia di Muar baru-baru ini.



Rombongan pengantin lelaki perlu membayar tol kepada 2 orang yang duduk di kerusi yang dikhaskan untuk pengantin.  Sebagai ucapan alu-aluan kepada rombongan pengantin lelaki, pihak pengantin perempuan telah  menyediakan penjak silat dan disaksikan oleh pengantin dan rombongannya.  




Ini tol untuk masuk ke halaman rumah.  Bagi mereka yang masih mempunyai rumah yang bertangga, selalu sanak saudara pihak perempuan akan duduk memenuhi anak tangga hingga ke pintu rumah. 



Tol di pintu rumah, sekali lagi rombongan pihak lelaki akan menghulurkan pemberian kepada mereka yang menyambut di pintu rumah.  Selesai di sini rombongan akan dibenarkan memasuki rumah pengantin.


Ini tol dipelamin pulak.  Lihat gadis-gadis cilik yang duduk dihadapan dan tangga pelamin?  Mereka ini merupakan adik beradik atau sepupu terdekat pengantin.

Ini tol yang terakhir, tol mak andam perlu diberi pada mak andam yang duduk di sebelah pengantin perempuan.  Setelah mak andam menerima pemberian daripada pihak pengantin lelaki dan berpuashati, baru pengantin lelaki dibenarkan duduk bersanding bersama pengantin perempuan di atas pelamin.,
Mulia amat suka dengan tradisi yang unik ini, sehingga setiap kali ada kesempatan hadir di majlis perkahwinan orang Johor, Mulia tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama beratur sebagai benteng untuk mengutip tol.  Bukan nilai ringgit yang dilihat melalui tradisi ini tetapi, hubungan silaturahim antara kedua belah pihak. Wassalam....

No comments:

Post a Comment