Wednesday 13 November 2013

Inilah Hasilnya....Aku yang tak pandai masak.

nasamulia
Jangan terpedaya pada rupa parasnya, kena rasa baru tahu.
Assalamualaikum..
Al kesah ketika merajinkan diri ke dapur dan nak cuba masak benda yang kurang digemari plus tidak pernah dicuba.

Cek Abe, dah beli sotong untuk buat masak kari katanya (salah satu lauk kegemarannya). Kalau kari2 ini, Mulia kureng sket, sebab tu tak minat nak belajar, walaupun suatu ketika dulu bermukim di negeri penggemar kari.

Nak menunggu Cek Abe masak, asyik sibuk manjang, balik tak mengira waktu...sian pulak.   Kebetulan stok kepala ikan merah masih ada, nak masak ape tak tahu. Buat asam pedas, stim atau masak sup dah biasa sangat.  Nak try yang lain lah pulak.  So itu yang mencabar diri buat kari kepala ikan..

Nak jimatkan masa dan tenaga sama, buatlah kuah kari lebih-lebih, kira 2 in 1.  Kuah yang sama bahagikan dua satu untuk kepala ikan dan satu lagi sotong.  Nasib baik kedua-duanya makanan laut. Kalau satu ikan dan satu lagi kambing atau ayam....NO NO NO jangan dicuba, rasanya akan jadi kelakar nanti. 
Macamana dengan rupa paras kariku ini?  Ada rupa tapi taste kena tinggkatkan lagi.  Itu komen Cek Abe --- Yelah nak taste sama macam chef tak bolehlah.  Ni fist time buat, lagi pulak buta taste about curry.  Moral of the story, tak suka sesuatu benda kena ambik tahu dan fahami filosopinya..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment