Thursday 23 January 2014

Ayer Hitam Johor, Syurga Shopping.

Assalam...
Perjalanan balik dari kenduri rumah sahabat Mulia di Johor Bahru, kami singgah di Ayer Hitam.  Niat singgah nak kenalkan dengan en.Abe tempat ini, kalau nak shopping tu tak adalah sangat.  Bagi Mulia memang dah biasa dengan tempat ini, walaupun bukan orang Johor tapi negeri ini kira kampung kedua suatu masa dahulu.  Naik bas sambung-sambung dari Muar turun bas station Ayer Hitam untuk ke JB tu dah perkara biasa.  Nampak macam Bus station lama dah takder kat situ, dah pindah tempat kot.

Hajat nak singgah sekejap saja, hanya untuk window dan beli sedikit kerepek untuk di bawa balik.  Iyelah kalau dah ke Johor tak bawa kerepek tak sah, sedangkan buah pisang, kek dan benda lain dah penuh bonet.

Wahhhh meriahnya semua gerai dengan bahan jualan mereka.  Maaf ye saya nak tengok-tengok jer sambil snap2 photo 2 3 keping..

Bukan hanya kerepek, kuih tradisional, dodol, jeruk, asam masin semua ada kat gerai ini.  Memang meriah bagi penggemar kudapan.

Masa kami singgah sini masih awal pagi dan ada juga gerai yang belum buka ataupun memang tutup sempena cuti Thaipusam.

Ni nak rekomen beli kerepek di gerai kerepek Wak Man, terletak di bahagian tengah hujung.  Service memang tip top dengan murah hati bagi setiap customer rasa kerepek yang dijual, bagi rasa bukan sikit plak tu banyak-banyak..

Sambil itu kami keluar masuk kedai ceramik, dari satu kedai ke satu kedai kami masuki untuk puaskan hati dengan niat untuk tengok-tengok jer.

Hiasan rumah cermin, jam, tirai, pasu, bakul banyak dalam kedai ini.  Masuk scan je barang-barang dalam tu, cepat-cepat keluar nanti tersangkut pulak.


Tabung pelbagai bentuk, bagus untuk hadiah simbolik kalau nak suruh orang berjimat-cermat kan?.

Akhirnya sangkut jugak di kedai ini, beli periuk tanah dan mixing bowl ceramik.  Periuk tanah en.Abe yang nak, mixing bowl tu pulak untuk sayalah.  Dengan alasan dah lama nak miliki satu, tapi nak guna entah bila...foyooss je ayat. 

Kedai bunga pun masuk jugak, tuan kedai penat promote bunga-bunga mereka. Ada yang dah digubah siap dalam pasu mahupun yang loose.  Dalam hati kalau saya nak beli, beli yang dah siap ngan pasu2 sekali, sebab i jenis yang keras tangan.  Bunga yang cantik jadi tak cantik hasilnya nanti.

Nampak macam bunga betul, pandai orang sekarang buat yang artificial tapi macam betul.


Gerai yang jual macam ini yang saya paling suka.  Standard orang kampung suka dan mencari hasil2 kampung.

Keladi yang banyak nama - keladi selatah, telur, sarawak, betawi, senandung & lain2.  Sesuai untuk buat kerepek dan keladi rebus yang dimakan bersama sambal tumis. 

Buah Durian Belanda, mahal juga harganya kini setelah dikomersialkan.  Dulu tepi rumah mak tak heran pun dengan buah ini.  Sebab teringin nak makan, saya pilih yang paling kecil seperti dalam gambar, makcik tu charge RM10.00.  Nasib tak pilih yang besar tadi...

Info bagi penggemar karpet dan bantal hiasan di Ayer Hitam ini pun banyak gerai cuma tak sempat nak diphoto...lain hari boleh singgah lagi.
Wassalam

1 comment:

  1. kedai-kedai ni terletak dimana ye. maksud saya di jalan mana. ingat nak kesana

    ReplyDelete