Thursday 16 January 2014

Kapal Terbang Putih Jingga...

Gambar Ihsan Google.
Assalam....
Hari tu en.Abe kate teringin nak rasa naik kapal terbang putih jingga. Mulia pun mulalah tercari-cari destinasi kapal ini pergi.  Mungkin agak baru, jadi laluan kapal ini agak terhad dan masih belum ada laluan ke kampung Mulia.  Kalau ada boleh jugak rasa balik kampung naik yang ini, lagi pun selalunya benda baru ini, banyak yang menarik lagi.  Senang cerita masih boleh menikmati service yang percuma.

Belek punya belek, ada promosi tambang murah ke Penang pada hari yang kebetulan ada urusan di sana.  Pada mulanya en.Abe suruh Mulia pergi sendiri jer, tapi bila dengar pergi dan balik naik kapal terbang, big boss pun terus cakap nak ikut.. 

Reka bentuk dalaman kapal terutama kerusi dan ruang penyimpanan barang di atas jelas ada perbezaan dengan kapal terbang yang biasa kami naiki.  Nampak lebih luas dan selesa terutama bagi mereka yang bertubuh besar dan tinggi.. 

Dalam kapal ini, kami tak nampak cik paramugari atau encik paramugara yang akan menunjukkan cara-cara menggunakan alat-alat keselamatan.  Penumpang hanya perlu menonton melalui skrin di hadapan tempat duduk masing-masing.

Kalau anda berasa bosan dalam perjalanan yang panjang, bolehlah hilangkan dengan menonton sebarang cerita atau hiburan yang disediakan.  Turut disediakan adalah soalan-soalan ujian mudah untuk menguji tahap IQ penumpang.

Ini snek yang diberi percuma kepada penumpang, kalau sesiapa yang hendak makanan yang istimewa dalam penerbangan boleh buat tempahan secara online ketika membuat tempahan tiket...yang istimewa itu berbayar ye.

Beginilah uniform kabin crew (gambar google) hari itu agak kelam kabut tak sempat nak ambik gambar dengan kabin crew bertugas.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment