Sunday 26 January 2014

Kekangan Mencari Teduhan Kasih....

Assalam...
Mencari sebuah rumah idaman mengikut kemampuan terasa satu beban yang begitu menghimpit kebanyakkan warga kota yang kebanyakkannya tinggal menyewa. Kenyataan ini tidak merujuk kepada golongan yang taraf ekonomi tinggi tetapi lebih kepada mereka yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah hingga sederhana.


Bila nak beli rumah macam ini dikategorikan sebagai tak layak, over income.  Rumah begini lebih dikhaskan untuk mereka yang memang tergolong dalam miskin bandar dan mereka yang berasal daripada kawasan setinggan. Yang berminat perlu berdaftar pada Setiausaha Perumahan Kerajaan Negeri masing-masing.  Banyak benor birokrasinya, nak tunggu nasib kena undi urmp entah bila.

Kalau yang macam ini pula, tak layak juga income tak mencukupi.  Kalau yang dapat pun sebab buat adjustment salary slip, tetapi kemudian hari dihimpit beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa mengikat perut anak bini. 

Di bawah ini tinjauan terhadap tambahan pembangunan perumahan di kawasan perumahan sedia ada.  Harga bermula dengan RM238k dengan size 22x65 kaki persegi. 

Kawasan ini bukan terletak di dalam kawasan bandar.  Sudah pasti sistem pengangkutan awam amat terhad.  Jarak dan masa perjalanan untuk ke tempat kerja di bandar lebih kurang 45 minit hingga 1 jam dalam keadaan traffik lancar.  Jika mengira kesesakan pada hari-hari kerja, penambahan sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam perlu dimasukkan dalam merancang perjalanan setiap hari.  Bukan itu saja tambahan perbelanjaan untuk minyak dan tol perlu difikirkan.

Kekangan utama yang perlu dihadapi adalah dari segi kewangan, harga rumah yang terlalu tinggi, lokasi rumah dengan tempat kerja, dan karena untuk mendapatkan pinjaman perumahan.  

Untuk berada di kawasan yang hendak dibangunkan ini, semua rumah mampu milik berupa apartment telah habis terjual.  Jualan dibuat secara undian kerana terlalu ramai yang berminat, sehingga hari pembukaan untuk jualan mereka sanggup beratur hingga ke tepi lebuhraya.

Impian untuk menduduki rumah atas tanah seakan hanya angan-angan mat jenin. Sekiranya ada pun di jeruk mana, pemaju lebih berminat membina rumah kos tinggi seperti semi-d dan banglo yang rata-rata harga bermula daripada 400k ke atas.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment