Thursday 23 January 2014

Kenduri Pindah Rumah Baru....

Assalam....
Apakah perasaan apabila seseorang sudah mendapat kunci rumah sendiri?...itulah soalan yang selalu ditanya pada mereka yang telah berjaya membeli rumah,  walaupun pada hakikatnya rumah tersebut masih belum lunas pinjaman dengan bank. 

Berjaya memiliki rumah besar atau kecil mengikut kemampuann membawa makna yang cukup besar terutama mereka yang telah lama menduduki rumah sewa atau menumpang dengan keluarga.  Begitulah halnya seperti yang sahabat Mulia lalui, berulang kali beratur dan berebut dalam jualan lelong akhirnya rezeki memiliki rumah idaman telah termakbul.

Kenduri doa selamat ini sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rezeki dari allah swt.  Kesempatan ini juga digunakan sebagai langkah suai kenal dengan jiran tetangga dan ajk rukun tetangga kawasan perumahan tersebut.

Majlis petang itu diadakan sebelah petang selepas zohor dan dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh tetamu lelaki.

Antara jemputan tuan rumah pada majlis kenduri ini selain adik-beradik dan kaum keluarga adalah, rakan sekerja, jiran tetangga dan tak lupa sabahat handai.

Selesai bacaan tahlil  dan setelah doa diaminkan, so jemputlah semua menjamu selera.

Tuan rumah telah menyajikan pelbagai menu petang itu untuk tetamu mereka.  Wah bakar-bakar pun ada, antara menu yang disajikan...

Ayam Goreng Berempah

Lemak Labu Daun Kemangi

Lamb Chop & Black Papper Sauce

Ikan Bakar Terubuk / Cencaru bersama sambal kicap

Ulam-ulaman

Ikan Masin & Sambal Belacan

Bubur Merah

Turut disajikan roti jala & kari ayam, bun, kek (chiffon, coklat, sarang semut, minyak, bahulu, cream puff), tapai ubi / pulut dan kuih muih (seri muka, karipap, kuih talam, koci) dan banyak lagi.  Kebanyakkan kuih adalah sumbangan adik beradik yang datang.
Rumah baru atau rumah lama yang dibeli, ianya tetap akan melahirkan perasaan teruja memiliki sesuatu yang baru.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment