Monday 6 January 2014

Mengeteh di Kedai Mamak...

Assalam..
mengeteh di kedai mamak, itu antara kegemaran kami selepas waktu kerja sebelum balik rumah.  Sesekali kami pergi beramai-ramai dengan rakan sekerja, kadang-kadang kami berdua saja.  Sebenarnya tiada pilihan untuk mengeteh atau minum petang yang terdekat selain restoran mamak, food court yang terdekat memang non halal.  Nak pergi jauh2 pun tak kuasa dek tenggelam dilam jem di jalanraya.


Sekarang masa untuk berjimat cermat, so kunjungan ke restoran-restoran mamak pun kena pilih.  Restoran yang ada nama harga lebih mahal berbanding dengan yang kurang dikenali.  Apa nak buat, itu saja pilihan yang ada atau balik rumah tebar sendiri roti canai..best tak suggestion saya ini?...

Mulia ini bukanlah penggemar kari mahupun roti canai, jadi restoran mamak kalau tak pergi pun takpe.  Tapi en.Abe yang suka kedua-duanya ditambah pulak isterinya tak reti nak menebar...supaya keadaan tak jadi haru biru...ikutkan aje, Mulia pun boleh tumpang sekaki makan tosai dengan sardin.

Inilah bukti yang Mulia cakap tadi, pi restoran branded kalu, charge mesti lebih dari ini.  Takpelah kemungkinan rasa karinya ada kelainan sikit, kurang umrph atau ape yang penting halal dan poket perlu dijaga jangan bolossss..........
Wassalam.

No comments:

Post a Comment