Sunday 12 January 2014

Sup Tulang Kambing Lagi.

Assalam...
Setiap kali bertemu kambing panggang, en. Abe tidak melepaskan peluang membawa balik lebihan tulang kambing panggang.  "Tengok kambing panggang, teringat kat ayang je itu yang abang bawa balik" , aik lain macam je bunyi...tengok kambing panggang ingat kat isteri, muka isteri dah macam kambing ker?

Biar betul suami aku ini, "Taklah, abang sayang, ayang sebab tu abang bawa balik tulang kambing tu, ayang kan suka makan sup".  Erm lega dengar...begitulah kasih sayang seorang suami terhadap sang isteri. Ambillah sisi positif kata-kata tersirat sang suami sebagai tanda dirinya masih mengingat dan menghargai anda.  Semoga ingatan dan kasih sayang itu sentiasa subur dan bertambah bersama dengan bertambahnya usia perkahwinan...


Kali ini en.Abe bawa balik potongan yang agak besar dan kebanyakkan bahagian adalah tulang belakang dan tengkuk.  Bahagian ini memang sangat sesuai untuk di buat sup ataupun kari kambing.  Namun kesukaan pada kari yang kurang..maka menu sup menjadi pilihan, boleh slurp...slurp kuah hingga licin..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment