Saturday 4 January 2014

Tasik Biru Kundang, Rawang


Assalam...
Suatu petang pada hari tahun baru 2014, merehatkan diri di tepian tasik sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.  Daripada sumber bacaan yang kutip, tasik ini terbentuk daripada aktiviti perlombongan biji timah ketika zaman penjajah dulu.

Kunjungan kami petang itu untuk menyaksikan aktiviti sukan air seperti water skiing.   Namun tiada pada petang itu, agaknya mereka turut bercuti meraihkan tahun baru.

Antara aktiviti keluarga yang dilakukan oleh pengunjung  ke tasik ini adalah memancing.

Terdapat juga yang membawa ahli keluarga bermandi manda di sini.

Bagi mereka yang hendak menjamu selera, tidak susah untuk mendapatkan makanan di sini kerana terdapat bayak gerai di sekitar tasik.  

Di tengah-tengah Tasik Biru terdapat sebuah pulau yang dikaitan dengan cerita-cerita mistik.  Sama ada ianya cerita dongeng atau benar, Wallahualam.

Memandangkan sekarang ini musim buah, terdapat gerai menjual buah-buahan di tepi jalan berbentuk gerai sementara (hanya wujud ketika musim buah).  Rambutan yang kami beli ini daripada penjual yang menjaja di kawasan Tasik Biru Kundang.  Harga 3 ikat RM10.00.  Murah kan? harga kampung.. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment