Monday 20 January 2014

Teluk Kumbar Perkampungan Mee Udang

Assalam...
Kalau anda berkunjung ke Pulau Pinang, satu tempat yang patut ada dalam itinerary anda adalah Teluk Kumbar terutama bagi penggemar mee udang.  Teluk Kumbar terletak di sebelah selatan Pulau Pinang, di antara pekan Bayan Lepas dan Balik Pulau. 


Teluk Kumbar dahulunya hanya sebuah perkampungan nelayan di mana petempatan tertumpu di tepi pantai.  Namun arus pemodenan tidak melepaskan peluang turut melebarkan agenda hingga ke Telur Kumbar dengan membina perumahan moden seperti apartment, banglo, teres dan flat. 

Aktiviti perikanan menggunakan bot-bot kecil masih diteruskan oleh sebilangan penduduk Teluk Kumbar.  Hasil tangkapan segar kebanyakannya dijual terus kepada peraih dan orang ramai di kawasan pantai.

Nelayan-nelayan ini jugak merupakan nadi utama yang membekalkan udang segar kepada restoran / gerai mee udang yang banyak tertumpu di kawasan Teluk Kumbar.

Perkampungan Mee Udang itu sebenarnya Mulia je yang bagi nama jolokkan kerana di sini memang banyak terdapat gerai mee udang berbanding tempat lain.  Antara nama-nama restoran mahupun gerai mee udang femes yang ada di Teluk Kumbar ini adalah;.
1. Ayu Mee Udang
2. Mak Long Mee Udang
3. Mak Ngah Mee Udang
4. Salwa Mee Udang
5. Ilyana Cafe
6. Mysara Cafe

Para pengunjung yang berkunjung untuk menikmati mee udang tidak perlu risau tentang waktu.  Pengunjung boleh menikmati mee udang pada bila-bila masa kerana ada gerai yang dibuka seawal 11.00 pagi hingga ke jam 2 pagi.

Hanya pilih gerai mana yang hendak dikunjungi kerana lokasi antara gerai berdekatan namun terpisah-pisah kerana kebanyakkan gerai bersebelahan dengan rumah pengusaha mee udang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment