Saturday 8 March 2014

Air oh Air.....Kejap Ada Kejap Tiada...

Assalam...
Air oh air, kejap ada kejap takde...dah macam biskut lah pulak.  Ikut jadual 2 hari ada 2 hari tiada.  Baru tahu betapa sukarnya hidup di kota raya sekiranya tiada air.  Kalau kek kampung dulo-dulo orang ada perigi, ada sungai, sungai atau perigi kering, ramai-ramai tuju kolam atau danau.

Sejak dari semalam dah penuhkan segala periuk baldi dan tong yang untuk keperluan selama waktu 2 hari.  Oleh kerana kami dalam zon 1 daerah Petaling seperti dalam jadual Syabas, maka belakan air telah terputus pagi tadi sehingga hari isnin depan.  Bekalan pulih pada hari isnin petang, namun bukan boleh dapat terus, tunggu tengah malam baru lah stabil aliran air kat paip tu.

Ketika ketiadaan belakan 3 hari lepas, pihak Syabas dan MBPJ telah menghantar air menggunakan lori tangki.  Kini turut disediakan tangki statik untuk kegunaan penduduk.  Kami pulak telah pergi mencari air ke rumah sedara sehingga ke Kapar Klang, kalau tidak pun mandi pagi dan petang di tempat kerja lah jawapnya.....
Nak lihat lebih lanjut jadual bekalan air peringkat ke 2 sila klik sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment