Wednesday 19 March 2014

Alhamdulillah...Nikmat turun mencurah-curah

Assaalam...
Terkejut dengan dentuman daun pintu bilik..sape pulak lepas geram ini?  Mulia dengan en.Abe berpandangan, mana ada orang lain di umah kami ini.  Angin kuat disertai dengan hujan lebat yang mencurah-curah.  Alhamdulillah Allah telah menurunkan nikmat pada mahluknya setelah kita diuji dengan bermacam-macam dugaan, kemarau yang mengakibatkan kebakaran hutan, cuaca panas, air bercatu dan udara berjerebu.  Moga dengan hujan ini bukan hanya mengakhiri kemarau, bahang panas, jerebu, catuan air tetapi akan turut sama menyingkap kekalutan dan memberi pencerahan dalam usaha mencari MH370 yang hilang secara misteri. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment