Tuesday 18 March 2014

Hilangkan Tekanan, Jom Balik Kampung.

Assalam....
Tekanan perasaan duduk di bandar, jom kita refreshkan minda, badan, tenaga dan segala-galanya dengan berkunjung ke kampung.  Orang-orang yang takde kampung bolehlah ikut kawan-kawan mereka balik kampung dan merasai pengalaman sebagai orang kampung.  Kali ini kami balik kampung en.Abe di Pahang.  

Perkara wajip balik kampung kalau melalui jalan Bentong ke Raub singgah membeli Nangka Madu di gerai tepi jalan.  Sekilo nangka boleh habis Mulia makan seorang, selepas itu bila kembung perut bertandang......baru tahu makan nangka itu berangin.

Dalam perjalanan dan terasa kesejukkan, ditambah dengan hujan renyai2 di sepanjang jalan.  Terasa segar dan nyaman...ikutkan tidak perlu pasang air-cond dah sejuk.

Dah sampai pekan Benta, singgah kejap di pekan sehari istilah orang Pahang (pasar tamu / pasar minggu) untuk cari makankan.

Jumpa yang ini, Kuih Badak Berendam...pertama kali jumpa dan makan kuih ini.  Mak mertua kata ini kuih tradisi orang Pahang, betul ker?

Nampak tak lima biji badak yang tengah berendam dalam kelongsong daun tu...hehehe.  Kuih ini rasanya lemak, manis dan sedikit liat.

Kuih Lopis

Murtabak Raja Pak Syed...

Kuih Lompat Tikam

Hidangan yang telah siap menunggu kami Gulai Tempoyak Ikan Patin air tangan mak mertua, ...sedapp.

Ketika masih dibandar, berhajat bila balik kampung nak berendam puas-puas dalam sungai ini biar hilang stress kerana mandi berjimat-jimat akibat dek air yang bercatu.  Tetapi tak menjadi kerana di kampung asyik hujan jer lagipun en.Abe tak boleh nak teman sebab sibuk dengan tugasan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment