Monday 3 March 2014

Island Hopping 1

Assalam...
Nak sambung cerite cuti-cuti Langkawi pasal island hopping.  Alhamdulillah dah lama teringin tetapi baru kini dapat pergi.  Island hopping dah tempah sebelum berangkat ke sana dengan bayaran sebanyak RM35.00 seorang.  Kami di bawa menaiki speed boat yang boleh memuatkan 14 penumpang termasuk jurupandu ke 3 destinasi dalam masa kira-kira 3 hingga 4 jam.

Semua pengunjung pagi itu akan menaiki bot di belakang The Lanai, Langkawi kerana jeti yang sepatutnya tidak dapat dilalui disebabkan air surut.

Beginilah keadaannya, mula-mula macam tak sampai jer nak mendaki bot tu...macam mustahil jer nak panjat tebing bot..

Memang ramai pelancong luar atau dalam negara yang menyertai island hopping ini dan terdapat banyak agent yang mengurus dan mengendalikan mereka.

Untuk keselamatan, sila pakai life jacket yang disediakan dalam bot.

Bot berhenti dipertengahan jalan dan jurupandu memberitahu semua penumpang untuk memandang ke arah kiri.  Terlihat bukit bukau yang menyerupai perempuan mengandung dalam posisi berbaring.  Nampak tak?...

Destinasi persinggahan pertama adalah Pulau Dayang Bunting.  Kami diberi masa selama sejam untuk melawat Tasik Dayang Bunting dan kembali semula ke bot untuk meneruskan perjalanan.

Gugusan Pulau Dayang Bunting dan pulau-pulau disekitarnya telah diwartakan sebagai Taman Geoforest Park.






Femonena runtuhan sebuah gua besar yang dipercayai yang telah menyebabkan wujudnya tasik air tawar dalam pulau ini.

Bagaimana Tasik Dayang Bunting mendapat nama, ini dia.  Ada juga antara pelawat yang datang kerana berhajat, kononya bila mandi di dalam Tasik Dayang Bunting mereka boleh mengandung.  Awas jangan sampai jadi syirik, kerana rezeki itu semua telah ditentukan oleh Allah, manusia kena iktiar dan berdoa saja....

Keadaan topografi pulau merupakan fenomena alam yang dipercayai berlaku jutaan tahun yang lampau.




Spesis kayu-kayu hutan yang terdapat di kawasan pulau ini.




Selain spesis flora, spesis fauna seperti monyet ini jugak banyak terdapat di kawasan pulau.



Kemudahan bilik persalinan dan tandas yang trdapat di Pulau dayang Bunting.



Salah satu sukan air yang boleh dilakukan di tasik ini selain berenang, charge berapa semua ada dipaparkan di kaunter.

Kami tak mandi pun, sekadar main celup-celup air basuh muka dan rendam kaki.  Dapat menikmati keindahan tasik dan alam sekitaranya, sudah cukup besar rahmatNya pada kami.


Ini sendiri mau ingat na jangan dok loklak sangat...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment