Wednesday 12 March 2014

Long Table @ Restoran Jaring Sunway

Assalam....
Ini cerita we all pergi di Restoran Jaring, Bandar Sunway.  Actually lunch ni diorang organized untuk department depa-depa jer, tapi ngapenya i menyibuk pulak ikut...kang department tu ada kena mengena ngan i juge, but bukan itu the main reason.  The main reason is, i teringin nak pergi makan kat sini dah berapa kali i pergi tapi asyik langkah kiri je, restoran tutup tidak beroperasi, so kebetulan ada orang nak pergi i ikut ajelah. Makan-makan kali ini sebab dalam department tu ada 3 orang yang hendak berenti kerja, bukan nak meraihkan orang nak berenti tetapi sekadar ingin bergembira di saat-saat akhir bersama.

Best jugak makan kat sini terutama mereka yang sukakan lauk-lauk melayu dan lauk-lauk kampung.  Banyak pilihan lauk pauk dan dessert di sini.  Orang jangan cakap memang ramai sangat terutama time lunch, tapi jangan risau tingkat atas pun ada disediakan ruang. Nampak tak longokkan daun getah depan brother tu?,, yang itu bekas pembungkus tapai pulut.  Ingat nak capai tapai ubi dan bubur masa nak balik, tapi last-last cancell sebab malas nak beratur panjang di kaunter.  Sebelum itu kita doakan mereka yang hendak berhijrah itu mendapat peluang yang terbaik dan jangan lupa pada kami di sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment