Friday 14 March 2014

Pembuka Tin Tuperware - Selamat dan Bersih

Assalam...
Gadjet dapur yang dah lama terperuk dalam kotak.  Seingat dulu beli pembuka tin ini sebagai hadiah pada mak untuk beliau gunakan.  Namun bila balik kampung tak nampak pulak kelibat benda alah ini di dapur melainkan pembuka tin yang biasa digunakan oleh kebanyakkan suri rumah.  Rupa-rupanya lepas saya buat demo dan balik tu, mak basuh bersih2 dan simpan dalam kotak semula.  Alasan lebih selesa guna yang old fashion, kalau rosak atau karat terus buang dan beli baru, harga baru seringgit dua. Sayang nak guna katanya dahlah mahal takut rosak atau diambil orang...Pulak dahhh..last2 mak bagi semula untuk Mulia guna.  Yelah nak bagi siapa lagi kan, anak dia bukan ramai... 

Nak guna pun senang benda alah ini, cuma letakkan pembuka tin dibahagian atas tin yang hendak dibuka seperti dalam gambar.  Kejapkan pembuka tin dengan cara merapatkan kedua-dua belah pemegang dan pusing tombol atas mengikut arah jam atau lawan jam. 

Ditepi  sisi pembuka tin terdapat satu bahagian seakan sepit untuk grip tin yang telah dipotong. Cara nak grip hanya kejapkan sepit ke tepi tin yang telah terpisah dan angkat...tarraaaaa. 

Tiada lekuk atau serpihan tin yang boleh mencederakan tangan anda.  Pembuka tin menggunakan material polycarbonat dan stainless steel membolehkan ianya senang dibersihkan dan tahan karat..so memang selamatlah kan dari cross contamination.

Bahagian penutup tin yang telah dipotong masih boleh digunakan untuk menutup tin itu dengan sempurna.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment