Friday 28 March 2014

Percubaan Menjimatkan Bil Electrik....

Assalam...
Dengan rasa riang gembiranya tunjuk bil pada en.Abe, percubaan saya dah menampakkan hasil.  Ini pun setelah mencuba beberapa bulan, sentiasa mengingatkan, terkadang keluarkan ancaman pun ada, ada ketika seperti orang mamai mencabut plug waktu terjaga dari tidur di tengah malam. Bulan pertama dan kedua hasil kurang menjadi kerana kurang disiplin lebih2 lagi ketika ada orang lain yang menumpang di rumah.   

Ini bil yang baru, dapat jimatkan RM18.10 daripada RM47.09 bil bulan lepas.  Jumlah setahun boleh jimatkan sebanyak RM217.20.  Mungkin sikit bagi orang lain, tapi untuk orang seperti kami besar nilainya.  Nak tahu macamana cara saya menjimatkan bil elektrik?  Mudah saja sebenarnya tetapi mudah2 pun kena istiqamah jugak baru berhasil.  Ini mengikut apa yang saya baca daripada risalah TNB dan petua daripada mereka yang telah berjaya.  
Sila unplug semua plug yang tidak digunakan atau telah siap digunakan daripada soket utama (kecuali peti ais atau mesin jangka hayat hehehe).  Selalunya saya lakukan ketika hendak keluar rumah atau pada waktu malam.  Mengikut tips yang saya baca itu, plug yang kita dah suis off kalau masih terlekat pada soket akan terus mengalirkan arus elektrik walaupun pada kadar yang sedikit.  So yang sedikit ini bila lama2 akan jadi bukit, jadi bila kita sekat alirannya (dengan mencabut plug) mengunaan arus juga berkurangan.  Kalau kawan-kawan nak tahu, bolehlah cuba bermula dari sekarang..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment