Friday 14 March 2014

Pesta Air di Musim Kemarau

Assalam....
Beginilah keadaan ketika lori MBPJ yang datang membawa bekalan air bersih kepada peduduk.   Air akan dibekalkan pada hari kedua yang dijjadualkan tiada bekalan.  Sebanyak 2 lori, sementara itu terdapat tangki statik yang disediakan untuk penduduk mengambil air.  Penduduk berpusu-pusu mengangkat air untuk keperluan masing-masing, ada yang guna tong, baldi, botol, periuk dan apa saja bekas yang dapat menampung.

Mulia boleh pulak terimbau mengimbau kenangan musim kemarau zaman kanak-kanak di kampung dulo2 (mungkin hanya kami kanak-kanak di Sabah Sarawak saja yang mengalami pengalaman seperti ini, sebab kanak-kanak di Semenanjung sudah lama mengecapi kemewahan)..kemarau berbulan2 dirasakan satu rahmat bagi anak-anak seperti kami ketika itu kerana kami boleh pergi mandi ramai2 di kolam dan belajar berenang mengunakan pelampung (botol atau gelen minyak tanah) di kolam ataupun menunggu lori yang datang nak jual air guna tong (bekas tong minyak tar) dengan harga rm2.00 satu tong...kini bila keadaan seperti ini berlaku di tengah bandar,,...mungkin bagi orang seperti saya akan merasa ala bisa tegal biasa, namun tidak bagi sesetengah orang yang telah sedia manja...segala2nya menjadi sukar dan seakan hidup mereka menjadi huru-hara.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment