Friday 14 March 2014

Pokok Kucai

nasamulia
Pokok Kucai boleh di tanam dalam Pasu
Assalam wbt.
Cucur kucai memang sedap, lagi2 di cicah dengan kuah kacang, makan masa sarapan atau minum petang memang sesuai sangat.  Gambar pokok kucai ini sebenarnya bukan Mulia yang menanamya.  Ini adalah pokok kucai yang ditanam oleh mak andak di Kampung Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah.   Sebagai mengabadikan kenangan tanaman pasu beliau.  Selalu kalau beliau nak buat cucur kucai atau cucur udang untuk sarapan pagi, sedang dok bancuh tepung boleh dia tinggal sekejap then pergi pangkas daun kucai kat luar rumah....segar dari ladang gitu.
Apakan daya, berumah atas awan tidak memungkinkan untuk menanam sebarang pokok sekali pun bertujuan untuk hiasan.  Banyak lagi sebenarnya masakan boleh dimanfaatkan penggunaan kucai ini selain dibuat cucur, boleh goreng untuk sayur dan yang tak asing lagi harus ada dalam Penang Char Koay Teow.  Khasiat pemakanan mestilah banyak jugak...yang tu sendiri carilah dan bila anda menemuinya pasti anda akan jatuh cinta untuk memakannya pulak.
nasamulia
Pokok Kucai perlukan pencahayaan yang mencukupi untuk tumbuh subur dan panggal pokok akan bercambah semula setelah proses cantasan daun dilakukan
Wassalam.

No comments:

Post a Comment