Tuesday 18 March 2014

Sambal Itam, Tradisi Pahang

Assalam...
Satu lagi menu tradisi orang Pahang yang Mulia nak sharekan adalah Sambal Hitam yang diperbuat daripada buah belimbing buluh yang telah direbus.  Suami koi orang Pahang kenalah ambil tahu dan belajar serba sedikit berkenaan makanan mereka.  Belimbing buluh yang berwarna hijau tu perlu direbus hingga kecut dan bertukar warna hitam seperti dalam gambar.

Meh kita zoom sket...dah takde rupa belimbing buluh yang asli.

Kaedah membuat sambal ini, berlainan sikit berbanding dengan sambal yang biasa sebab bahan-bahan yang ditumbuk perlu diasingkan terlebih dahulu.  Selalu kalau menyediakan sambal belacan contohnya, semua bahan-bahan kita tumbuk sekali jer. Nampak cam ying yang lah pulak, hitam dan putih...hehehe. 

Ini paste yang terdiri daripada buah belimbing dan cili padi yang telah ditumbuk lumat.

Resepi: Sambal Hitam Pahang
Sumber: Mertuaku
Bahan-bahan
3 sudu belimbing buluh hitam - tumbuk kasar dengan cili padi
1 gengam cili padi
1 genggam ikan bilis - ditumbuk kasar dengan bawang besar
4 labuh bawang besar
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan
1. Tumiskan belimbing buluh dengan sedikit minyak hingga kering.
2. Masukkan ikan bilis tumbuk, tumiskan sehingga kering dan garing sedikit.
3.  Ikan bilis boleh jugak digantikan dengan isi udang ataupun udang kering.
Sambal itam ini sedap dimakan bersama nasi dan sebagai pembangkit selera.  Tak percaya, cubalah try...
Selamat Mencuba.  Wassalam.

No comments:

Post a Comment