Thursday 24 April 2014

Cukai Jangan Culas

Assalam...
Anda dah hantar borang cukai ker belum, sekarang dah senang tak perlu dah ke pejabat hasil.  Semua dihujung jari, klik-klik jer di e-filing.  Dulu memang tak nak buka file dengan LHDN ini.  Bukan nak lari dari bayar cukai, tapi malas sebab bila dah ada file, setiap tahun kena hantar penyata tahunan walaupun tak layak bayar cukai.  Lagi satu borang dan arahan dalam tu macam sukar nak faham (tu yang tulis dalam Bahasa Malaysia kalau bahasa lain lagi).  Tak hantar kalu nanti kena bayar penalti bawah subseksyen 112(3) kerana gagal mengemukan borang penyata dalam tempoh yang ditetapkan.
Tetapi benda yang selalu kita elak dan tak nak itulah yang dapat.  Padanlah muka aku, kan dah kena bayar penalti sebab penyata yang 2012 tak dihantar.  Nasib baik tak kena banyak, banyak kalu mau pengsan makcik mana nak cekau duit nak bayar.  Alamak kena bayar penalti RM1.92 sahaja, itupun nak kecoh ker, aiya bayar jelah boleh top-up2 duit LHDN kumpul-kumpul untuk bagi BRIM pada yang memerlukan.  Saudara-mara sendiri pun ramai gak yang layak terima.  Nanti sambung nape saya kena bayar penalti walaupun saya sendiri tidak pernah mendaftar di LHDN. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment