Monday 14 April 2014

Duit - Wang - Ringgit - RM & Me

Assalam....
Dah nak tengah bulan hari ini ye, bulan kalender dan bulan hijrah patut semalam perasan bentuk bulan dah bulat penuh, tarikh cantik pulak tu 14-4-14, takde ker orang kawen hari ini, senang nak ingat anniversary.  Kawan-kawan ingat lagi tak duit kertas yang pernah kita gunakan dulu-dulu.  Cuba tengok wang kertas yang diguna pakai pada 1967 -1981 ini, saya langsung tak ingat, lagi pun masa itu tak diberi pegang duit lagi kot.  Kot ada orang yang hulur, mak terus simpan budak-budak mana boleh pegang duit kan.
Yang bawah ini (1982-1995), zaman ini saya dah pandai minta dan guna wang untuk berbelanja tapi kebanyakkan siling jer yang dapat, almaklum dah bersekolah masa itu.  Wang kertas yang betul-betul ingat hanya note $1, $5 dan $10.  Pada masa ini bank negara masih mengeluarkan note $500 dan $1000.  Saya cuma merasa pegang note nilai yang rendah-rendah jer, paling mahal pun $100 sebab kena keluarkan duit untuk bayar yuran mengaji dulu.  Kenapa sekarang dah tak buat duit lima ratus dan seribu yek?.
Zaman (1996-2012) dah mula berjinak-jinak untuk mencari fulus.  Cari duit, minta wang, belanja RM semua dah pandai dah masa ini.  Kepala pun dah ting tong, ingat nak cari duit banyak- untuk beli itu dan ini...tapi yang paling best dah ramai anak sedara ngendeng minta duit, minta top up, duit raya and so...so dapatlah note RM2 tu seorang tak kira saiz dan umur deme kecik atau besar.
Tengoklah duit zaman la pulak, diterbitkan semula note RM20 dan note RM2 sudah tiada kini.  Wang kertas kini lebih cantik dan nampak class, mungkin sebab penggunaan material khas dalam pembuatannya.  Lihat saja not RM1 dan RM5 material macam plastic kan, dengar orang cakap negara kaya jer guna material seperti ini, so maksud kita pun dah kaya jugak.  Kalau boleh biar kaya bertingkek-tingkek biar semua wang kertas tu dibuat dari plastic.  Dah tentulah biasa pegang semua note itu, namun cepat aje lesap dari poket setiap kali mendapatkannya. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment