Monday 21 April 2014

Jalan-Jalan Ke Kuala Selangor

Assalam...
Continue cerita jalan-jalan ke Kuala Selangor hari itu, tak plan sebenarnya, benci bila plan selalu tak jadi.  Petang tu kami hanya plan jalan-jalan hingga kapar untuk melawat sedara dan budak kecik Daniyel tu.  Tapi bila dah sampai situ, dipanjangkan ke Kuala Selangor bila tanya ada sesiapa yang pernah naik ke Bukit Malawati.  Jawapannya tidak, so moh kita pergi tengok apa yang ada kat sana.
Pekan yang kami pergi ini, tak tahulah yang ini dikenali sebagai pekan baru atau pekan lama.  Pekan lama kot, sebab dekat dengan kawasan tinggalan sejarah.  Pengunjung yang berhajat untuk menginap di Kuala Selangor pun boleh, trdapat banyak penginapan yang disediakan.  Senang check in jer mana2 tempat penginapan yang disukai dan bersesuaian budget anda. 
Lokasi pertama kami pergi Taman Alam, tapi tengok tempat ini sunyi jer melainkan kami mendapat sambutan oleh monyet yang banyak.  kami tak masuk sini, nak pergi Taman Ikan Air Tawar pun tak sebab dah tutup.. 
Tengoklah mereka ini, bermaharaja lela sungguh, bermaharaja lawak pun ada macam nak tarik perhatian kami pulak.  Off course kami tak kecuali budak kecik tu yang sangat2 teruja.
So kami putuskan untuk ke sini.  Masa sampai, kaunter tiket dah tutup, so dah tak boleh naik train.  Petugas tu kata, tunggu hingga semua train turun, lepas itu kami boleh naik menggunakan kereta sendiri.  Ingatkan kena jalan kaki dah panjat bukit.
Pelawat yang datang awal boleh menggunakan perkhidmatan train ini untuk naik ke atas Bukit Malawati.
Berdekatan tempat kami parkir kenderaan kami ternampak yang ini, Al kisah Batu Hampar (The Bedrock)
Pendapat mengatakan ianya sebagai tempat memancung penderhaka atau tempat raja untuk memerhati keadaan pekan Kuala Selangor.
Agaknya inilah tapak kota malawati seperti yang disebutkan itu.
Terdapat banyak meriam puntung seperti ini terletak di sekeliling kota.
Nampak tak benda apa yang banyak kat atas pokok tu?.  Kat atas ini dda penjaja yang menjual makanan kepada pengunjung untuk diberikan pada mahluk tu.


Peta petunjuk kawasan Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Memandangkan dah petang sangat kami sampai, banyak tempat di atas bukit ini yang tak sempat dilawati...Insha Allah kemudian hari..tetapi kami sempat menyaksikan keindahan alam ketika matahari terbenam...Subhanallah memang cantik sangat.
Rumah api yang telah banyak berbakti sebagai panduan navigasi kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.
 Wassalam.

No comments:

Post a Comment