Wednesday 23 April 2014

Kenangan Biskut Teddy

Assalam...
Biskut teddy pernah jadi kesukaan suatu ketika dulu, zaman jadi pelajar dulu-dulu.  Biskut ini jadi peneman kalau nak menelaah bersama semug teh O panas.  Almaklum masa tu asyik lapar jekan, duduk pulak di hostel kalau kat rumah tu boleh tahan lagi, pergi jer dapur buka tudung saji mesti ada makanan.  So masa duduk hostel inilah baru saya belajar nak makan biskut-biskut atau creaker seumpamaya, memang sentiasa menyimpan stock dalam loker.  Sambil membaca nota-nota, sambil jari menyumbat biskut satu per satu masuk ke dalam mulut, tak sedar habis satu peket.  
Lepas dah habis zaman belajar, dah lupa akan biskut teddy ini.  Namun creaker yang lain still consume juga sebagai contingency stock in-chase malam-malam lapar atau malas nak masak, makan jer creaker bercicah air teh.
Sebelum dingap dalam mulut, si teddy ini akan disusun seperti ini, suka tengok teddy comel-comel itu berbaris. Berbaris dengan aksi comel ala-ala pesalah yang menunggu untuk dijatuhkan dihukuman ngap dalam mulut.  Seekor demi seekor akan selamat masuk dalam perut...hahaha.
Memang dah lama sangat tak makan dan hampir lupa akan biskut ini.  Yang boleh teringat, seorang kenalan telah memberikan sepeket biskut berbentuk teddy tapi bukan yang ini.  Brand baru di pasaran.  Itu yang tiba-tiba kepala otak seakan mengingat semula, macam pernah ada cerita dengan biskut berbentuk teddy.  Penat minda nak recall, cepat-cepat I confirmkan dengan sahabat baik I.  Nasib dia boleh ingat dan suruh saya pergi beli kat Tesco.  Then dia kenakan i sebijik... 
"Weh selalu cakap aku pelupa, dah sekarang ko pun dah pelupa..hahaha"...gulrppp!!!. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment