Wednesday 9 April 2014

Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya

Assalam...
Masjid Tabung Haji ini terletak di dalam Kompleks Haji Kelana Jaya.  Bangunan kompleks ini terdiri daripada 3 bangunan utama iaitu bangunan masjid, bangunan pejabat urusan tabung haji dan bangunan TH hotel yang menempatkan bilik penginapan dan dewan.  Diluar musim haji TH hotel dibuka kepada orang ramai, so sesiapa yang nak mencari tempat penginapan di sekitar Kelana Jaya bolehlah cuba di TH hotel.  Tapi perlu ingat di luar musim haji ye.
Di kompleks tabung haji ini jugak orang ramai boleh mengadakan majlis, seperti seminar dan majlis perkahwinan.  Mereka ada menyediakan dewan-dewan untuk disewa dan perkhidmatan catering, selain bilik2 penginapan untuk para tetamu dan keluarga.  Memang dijamin sedap terutama Nasi Beriyani dan Ayam Berempah.


Ini pejabat bagi mereka yang hendak berurusan di kaunter, bagi yang ingin membuka akaun tabung haji, tambah pelaburan, daftar haji mahupun mengeluarkan simpanan boleh dibuat di sini.
Beginilah ruang solat dalam masjid.

Di ruang inilah saya mendengar lafaz keramat sebagai ijab dan kabul yang dilafazkan oleh en.Abe ketika kami dinikahkan.  Hari yang paling bermakna dalam hidup permulaan bergelar sebagai seorang isteri.
Koridor yang turut dijadikan ruang solat ketika waktu-waktu puncak seperti solat jumaat, musim haji dan bulan ramadhan.
Ada bahan bacaan yang disediakan di bahagian sudut masjid berupa buku-buku agama mahupun Al-quran.
Tangga untuk ke ruang solat lelaki dan perempuan dipisahkan dia kiri dan kanan bangunan masjid.  Namun bagi OKU yang menggunakan kerusi roda boleh menggunakan lift dari bangunan hotel di sebelah.
Juga sebagai panduan kepada para pengunjung untuk beribadah.
Jadual pengajian / kelas agama yang diadakan setiap hari.
Dah sampai ini jangan lupa bersedekah seikhlasnya di tabung khairat masjid yang disediakan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment