Wednesday 30 April 2014

Permulaan Satu Langkah...

Assalam...
Salam manis kawan-kawan, hari ini memulakan satu langkah untuk memberi nilai tambah pada diri, agar lebih bermakna sebagai seorang wanita, isteri, anak dan khalifah kecil di dunia yang sementara ini.  Semoga kayuhan dari langkah pertama ini akan memberi manfaat dan hasil yang membanggakan untuk kelangsungan hidup akan datang.
Andainya nanti pulangan dari permulaan ini tidak berhasil atau kurang memberangsangkan, aku pasrah dan redha akan ketentuanNya kerana kun fa ya kun itu milikNya.  Benarlah qada dan qadar manusia telah ditentukan oleh Allah Swt.  Sekurang-kurangnya aku telah berusaha ke arah itu dan perlu bersangka baik, aku tidak diberikan rezeki di situ tetapi pasti ganjaran yang terbaik telah tersedia untukku.  Semoga usahaku yang sedikit ini sentiasa mendapat redha dan keberkatan dari Ilahi.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment