Thursday 10 April 2014

Puding Karemal @ Beppa Susu.

Assalam...
Salah satu dessert kegemaran keluarga dan seringkali disajikan di rumah-rumah kenduri dikampungku, dan daku pelajari cara membuatnya sedari usia kanak-kanak.  Belajar dari chef2 kampung, gamaknya tak ikhlas bagi ilmu kepada kanak-kanak, asyik tak menjadi jer dan terlalu banyak version dan agak rumit untuk diikuti.  Pernah sekali terjadi puding yang dikukus berjam-jam lamanya tapi masih cair dan tidak menampakkan tanda-tanda untuk beku.  Bayangkan semangat kanak-kanak yang membara untuk explore dunia masak-masak menunggu sesuatu yang tidak menjadi, keciwa sesangat masa itu.  Namun kekeciwaan itu terubat setelah Allah temukan saya dengan sahabat saya ini (Zera) yang telah menunjukkan resepi dan cara menyediakan puding ini.  Sehingga ke hari ini saya memang mengikut resepinya saja dan Alhamdulillah tidak pernah mengecewakan.
Abaikanlah yang tompok-tompok kuning tu sebab tak rajin nak tapis adunan dan nak cepat.  Sila tapis ye kawan2 untuk dapat adunan yang cantik.
Puding Karemel / Beppa Susu
Sumber: Zera & chef2 kampungku

Bahan-bahan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1/2 tin susu air
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2/3 gelas gula pasir - masak untuk karemel dan lapiskan pada dasar loyang yang nak digunakan.

Cara Penyediaannya
1. Masakkan gula menjadi karemel dan lanserkan pada loyang atau mangkuk yang hendak digunakan.  Pastikan dasar dan tepi mangkuk tersalut rata.  
2.  Sedia dan jerangkan kukusan.
3. Campurkan susu, telur, air dan esen vanila.  Kacau perlahan-lahan hingga sebati (tips untuk mendapat puding yang tekstur halus tak berlubang-lubang, puding saya tu ada jugak buble kan sebab kadang terloose control masa mengacau).
4. Tuangkan ke dalam acuan yang telah disalut dengan karemel perlahan-lahan dan kukus. 
5. Untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas puding, penutup pengukus hendaklah dibungkus dengan kain.  Tetapi boleh juga guna foil untuk menutup adunan, macam yang Mulia buat tu.  Kalua dua-dua tak buat, kenalah rajin buka penutup untuk mengeluarkan wap air dari jatuh ke atas puding.
6. Kukus selama lebih kurang 45 minit mengikut saiz mangkuk, kalau guna bekas kecil kurangkan masa atau sehingga puding keras atau beku keseluruhannya.
7. Bila dah masak sejukkan dahulu baru potong, lebih elok kalau letak dalam peti sejuk, makan sejuk-sejuk memang best.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment