Friday 25 April 2014

Rugi Kalau Tak Tahu....Cukai Pendapatan

Assalam....
Semalam saya ada cerita pasal cukai pendapatan  dan sekarang nak cerita kenapa saya kena bayar penalti oleh LHDN.  Walaupun kena bayar sikit tapi macam tak bestlah sebab kena denda, denda sebab dah buat kessalahan, alamak memang tak sedap sangat bunyinya.  Kesalahan yang tidak diketahui dan tidak pernah diambil tahu.  Betullah kot kata seseorang yang memberi komen, kena banyak membaca jangan buang masa.  Senang cerita ada baiknya sesekali menjadi kepoci dan kiasu.
Kisahnya macam ini, seingat saya dulu pernah buat pendaftaran dalam talian di laman web LDHN.  Selepas membuat pendaftar itu, ada dinyatakan telah berjaya dan akan dimaklumkan secara bertulis nombor fail atau nombor cukai anda.  Mingu berganti, bulan dan tahun tapi surat atau sebarang jawapan tidak diterima.  So stop sampai situ dan andaikan saya memang tiada sebarang rekod dengan mereka.  Lagipun sedar gaji kecik dan tak perlu bayar cukai pendapatan pun. 
Dijadikan cerita kenapa saya gatal tangan nak daftar tu sebab rakan-rakan satu tempat kerja lama kata perlu ada fail dengan LHDN walaupun tak layak bayar cukai.  Walaupun saya tiada fail tetapi memang setiap tahun akan menolong rakan-rakan untuk menghantar borang cukai mereka dari zaman penghantaran secara manual ke zaman e-filing ini.  Dari situ saya tahu secara teori dan praktikalnya untuk mengisi borang cukai pendapatan (BE), samping tu seronok juga boleh tahu income rakan-rakanku..walla wauu banyaknya.
Bila dah pindah tempat baru, majikan lama, tempat je baru, dah mula di kenakan potongan PCB (potongan cukai berkala) setiap bulan.  Bila diorang tanya nombor cukai, saya cakaplah tiada, memang tak ada.  Sampai dah lebih 2 tahun buat potongan PCB dan baru-baru ini saja dapat tahu yang saya jugak tidak layak dikenakan cukai.  Maksud gaji kecik lagi.  Dan segala potongan yang telah dibuat akan dikembalikan semula oleh LHDN tetapi dengan syarat borang cukai BE perlu dihantar terlebih dahulu.  Terima kasih pada rakan kiasu saya, tanpa anda saya tidak tahupun tentang ini.   Eihh dengar duit itu boleh dapat balik, berbunga-bunga hati dan-dan itu juga saya call LHDN tanya nombor cukai dan nombor pin sekali.
Ketika buat panggilan barulah tahu yang saya dah ada fail yang menggunakan alamat lama di Pulau Pinang dan banyaklah info yang perlu dikemas kini.  Saya perlu menghantar penyata untuk 2 tahun pada masa yang sama iaitu tahun 2012 dan 2013 yang berakhir pada 15 Mei 2014.  Sebelum ini tarikh tutup ditetapkan pada 30 April 2014.
Yang saya kena penalti itu sebab tidak menghantar penyata 2012 yang patutnya diselesaikan pada tahun 2013 lepas.  Nasiblah saya ada 2 tahun jer, kalau banyak tahun? jenuh saya kena penalti, dan berlambak-lambak duit yang perlu saya tuntut di LHDN itu.  Manalah nak tahu, ingat dah potong tiap-tiap bulan tu, dah settle lah tak perlu buat apa-ape lagi. 
Lepas kejadian ini, saya pun dah mula kepoh pada kawan-kawan yang lain, kot2 ada antara mereka yang mengalami situasi yang sama.  Memang betul ada 2 3 orang seperti saya, dan saya yang tak tahu ini mereka jadikan  sumber rujukan.  Bayangkanlah berguru dengan orang yang jugak tidak tahu..hehehe...

Moral of the story.
1. Sila jelaskan bayaran yang dikenakan melalui kaunter atau dalam talian seperti di sini pada tarikh yang telah ditetapkan.
2. LHDN tidak akan buat potongan untuk menjelaskan jumlah cukai anda, walaupun terdapat lebihan bayaran yang telah dibuat.  Jadi jumlah perlu dibayar tetap kena bayar mengikut tempoh yang ditetapkan.
3. Bayaran lebihan melalui potongan bulanan akan dikembalikan dalam jumlah tersebut.
4. Bila anda menerima borang EA dari majikan, cepat-cepat buat penghantaran borang cukai ke LHDN secara online atau melalui kaunter.  
5.  Cepat anda buat serahan, cepat anda boleh dapat semula duit lebihan bayaran.  LHDN sekarang dah up to date (dulu-dulu memang tunggu berjangut, kes macam sahabat baik saya dekat 10 tahun baru dapat balik duit).
6. Anda perlu berdaftar kepada LHDN sebagai pembayar cukai bila pendapatan anda melebihi RM2, 837.00 sebulan (termasuk gaji dan elaun yang layak dicukai).
7.  Selepas tahun 2013, individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM30, 667.00 (selepas tolakan KWSP), mereka perlu mendaftar fail cukai pendapatan.  Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi e-daftar
8. Tarikh tutup serahan borang cukai tahunan selalunya pada 30 April setiap tahun (tertakluk pada perubahan oleh LHDN).
Wassalam.

No comments:

Post a Comment