Thursday 3 April 2014

Seni Berutus Surat...

Assalam...
Bila kah kali terakhir anda mengutus surat atau menerima surat daripada keluarga, kekasih ataupun kawan-kawan?, surat dari bank atau urusan seri paduka baginda tu takyah kiralah ye.  
Seingat sayalah, last buat tu semua penghujung tahun 90-an menerima surat dan mengirim surat pada kawan-kawan.  Waktu itu semua orang belum mempunyai handphone dan SMS baru mula nak merangkak seperti siput.
Tak tahulah pelajaran sekolah sekarang sama tak macam orang dulu, cikgu ajar menulis macam2 jenis surat.  Dalam majalah pun ada ruangan cari kenalan boleh berkirim-kirim surat lagi.  Ada yang boleh sangkut jadi adik, kakak atau abang angkat, mendapat jodoh di situ pun ada.  Gaya bahasa pun cantik dan penuh teratur jer, teringat masa kat uni, kawan saya dapat surat dari mak dia yang bertulisan jawi lagi, hehehe..kalau saya merangkak nak membacanya...then yang lain, ada yang guna bahasa ibunda masing-masing.  Yang paling best part perenggan pertama dan terakhir, segala kata-kata pujian dan salam peluk cium mesti disertakan.  Tak kurang jugak yang menggunakan kertas warna warni dan siap letak bedak talkum sebagai pewangi. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment