Tuesday 6 May 2014

Cerita Dari Pesta Buku KL 2014 Yang Ke-33

Assalam...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpurbuku yang telah berakhir minggu lepas adalah tahun yang ke-33 dianjurkan.  Saya barulah dalam 4 tahun ini dapat pergi itu pun sebab dah duduk dekat, tahun-tahun sebelum ini pendam perasaan jer sebab tak boleh nak pergi.  Kali ini saya pergi bersama sahabat baik dan hero cilik dia.  Tujuan utama sabahat saya datang sini pun semata-mata nak pergi pesta buku, pandai saya cipta alasan nak suruh dia datang kan!.
Kami berkunjung pada hari ke-9 sebab mengelak pergi pada hari cuti umum Hari Buruh.  Tak kuasa nak berebut-berebut dalam lautan manusia, nak belek-belek buku pun tak senang, siap ada yang berlaga bahu, laga bontot atau sengol-sengolan gitu. 
Hero cilik dah jumpa dah faveretnya, buku komik berinformasi.
Best katanya..

Sini lagi...
Demimu anak, ummi sanggup beli untuk bantuan pembelajaran hero cilik ini, satu pelaburan yang bijak.
Bahagian kaki novel.
Saya jatuh cinta pada yang ini,
Antara isinya.
Kalau berada di kampung Gangsa,
Jangan lupa membeli tapai,
Elakkan daripada berputus asa,
Dengan usaha kejayaan tercapai.
Alangkah bahagia bila dapat memiliki senaskah untuk koleksi peribadi.   In sha Allah akan diusahakan.
Antara koleksi bacaan wajib untuk dibaca dan dimiliki.
Tak sedar dah lepas waktu makan tengahari...patut perut lapar, layankan hero cilik makan dulu.
Walaupun dah hari-hari terakhir, kemeriahan dan jumlah penghujung terus meningkat.  Manusia tetap datang bertali arus tapi mengikut perangkaan, orang Malaysia masih kurang membaca. 
Berehat sebentar di hall yang menempatkan bahan bacaan terbitan Karangkraf.
Nak berselfie jugak makcik-makcik ini.
Ibu dan anak yang masih tak puashati, tak cukup katanya.  Tahun depan datang lagi yek.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment