Thursday 8 May 2014

Cerita di Pesta Buku Lagi

Assalam...
Ketika masuk hall ini, tak ingat dah level berapa, terpandang ada gerbang gah seperti ini dan di sebelah belakang ada khemah arab.  Pertama kali diorang participate atau saya je yang pertama kali jumpa.  Sebab sebelum ini tak dan nak ronda semua tempat, selalu takat round level bawah-bawah je dah kelelahan bersama budget yang habis.  Tapi sebab kali ini betul-betul menjalankan tanggungjawab meladeni sahabatku ke tempat ini.  Insaf sikit kot sebab selalu orang yang jadi tukang teman itu yang sakan menyopping mengalahkan orang yang berhajat. Dan sebab itu jugalah aku tak membeli sebarang buku kali ini, sebab ingat nak datang semula keesokkan harinya....huahuahua...menangis tak berlagu setan kat badan tak dapat merabakkan poketku.
Lalu booth ini ada staff yang tolong beri minuman (air zam-zam) dan buah kurma (mariami) yang sangat sedap kepada pengunjung yang lalu di booth ini.  We all pun tak lepaskan peluang, dengan air & kurma di tangan kami masuk duduk di khemah arab tu. Salamba dek jer kami duduk, konon-konon nak rasa khemah padang pasir gitu. 
Mula-mula rasa segan jugak nak masuk, boleh ke tidak duduk situ, tapi tak nampak pun sign yang mengatakan tak boleh masuk dan duduk di khemah itu.  So masuk jerlah duduk sebab niat nak ambil gambar saja dan bukan nak berlama-lama dalam tu.
Mak at, mak at cepat ambil gambar hariz ngan umi.
Aishhh...orang ambik gambar sibuk pulak dua beranak ini pandang ke lain pulak.
Nak jugak....tak dapat pergi dapat latar belakang pun dah cukup.
Melihat koleksi ini, teringat orang kampung saya bila pergi menunaikan ibadah haji, mesti angkut cerek ini banyak-banyak sebagai hadiah pada sedara mara.  Mak saya pun ada koleksi ini, warna hijau tapi.   
Seorang pak arab dah start masuk dan duduk kat sebelah, nampak yang lain tengah berlegar-legar di luar khemah.  Agaknya mereka segan nak halau kami keluar, tapi bila dah makin ramai yang memasuki khemah kami pun cepat-cepat keluar..
Lepas kitaorg keluar dr khemah tu, ada group lain yg masuk nak amik gambar...,pak-pak arab tu plak dah makin ramai penuhkan tempat duduk di situ.  Sabar jelah diorang ini.  Aku pun intai jer dari jauh dan blah...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment