Friday 9 May 2014

Hariz Dengan Hot & Rollnya

 Assalam...
Ini masih cerita minggu lepas bersama sahabat saya dan hero ciliknya (Hariz).  Sebelum masak saya ajak diorang pergi Tesco Paradigm Mall dulu beli bahan-bahan.  Sahabat saya ini biasalah bebel, kata saya memang suka menyusahkan hidup dia, dah kena suruh masak, bahan-bahan pun tak disediakan, kena jugak tukang masak gi cari sendiri, nasib baik tang bayar tu, saya yang kena bayar, sudahlah dia kena jadi driver gi tesco....apa punya kawanlah, patut tetamu datang. Layanlah, masak, sediakan makan minum untuk tetamu, ini dah terbalik kod..saya iyakan je bebelan dia tu. Saya biasa dah dengar, dia pun dah tahu perangai saya...dan takde pun nak terasa hati ke ape, dia pun sama.
Sebelum ke sini tadi dah hantar seorang hamba Allah gi tengok tempat kat TTDI, berapa kali pusing tak tahulah sesat punya pasal.  Itu dah minta tolong puan google konon, kalau tak camanalah agaknye.  Kat Paradigm sahabat saya nak ronda-ronda dulu cari sesuatu untuk hero dan suaminya yang kena tinggal di Johor tu.
Dah sampai depan tesco masing-masing dah lapar, walaupun pagi tadi dah sarap nasi goreng.  Nak makan-makan dah tak sempat, kena kejar masa beli barang then balik masak, sebab ada lagi tetamu yang nak datang petang itu.  Hero tu dah merengek lapar, akhirnya suh dia decide nak makan apa, then dia pilih yang ini sebab dia suka tengok jurujual itu buat demo masak. 
Beef pizza pilihan Mak At.
Ini pilihan Hariz, chicken & cheese.
Sukalah tu...dapat makan ketika lapar, ermm sedap katanya.  Umi tak pernah beli kat dia, siap komplen.
Masa hantar dorg ke TBS nak balik Johor, sekali lagi minta dibelikan crispy roll sebab terpandang signboard benda ala ini.  Tapi memandangkan waktu magrib nak nak sampai ke penghujung, pujuk2 pergi solat dulu, lepas solat baru kita pergi beli.
Menunggu sekian lama,. order kami tak dibuat lagi.  So terpaksa pujuk lagi, lain kali jelah beli, sebab takut kena tinggal bas.  Kali ini senang sikit nak handle dia ini, yelah dah cerdik dan faham apa yang boleh dan tak boleh.  Umi yang tunggu kat platform pelepasan pun dah bebel lagi, takyah beli, dah lambat.  Iyelah macam kat Johor takde ek. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment