Tuesday 27 May 2014

JJCM Makassar: RM Mas Daeng

Assalam...
Flight landing di Bandara Sultan Hasanuddin Makassar hari itu dah agak petang, dekat maghrib dah pun.  Pegawai imegresen yang bertugas di bahagian kemasukkan warga asing, ada seorang je pulak.  Bukan nak mengaluh-aluhkan kedatangan tetamu tapi sangat2 menjengkelkan (istilah org sini) dalam menjalankan tugas, nasib lah ko bukan kat Malaysia.  Sabarkan ajelah dah nama pun masuk tempat orang.  Keluar2 jer dari balai ketibaan, ternampak kelibat sepupu & hubby dia yang sedia menunggu.  Otw balik umah diorang, kami singgah makan dulu di Rumah Makan Mas Daeng, kedai makan biasa2 jelah.  Untuk mengubat hati yang masih terkesan dengan sikap pegawai tadi, saya rasa nak makan banyak2.  Yang dimarah bukan saya pun tapi tempiasnya terlekat pada sanubari.
Inilah pilihan makanan yang dipesan, serahkan aje pada orang yang nak belanja untuk memilih, janji dapat makan dan kenyang, but for me no chicken please!!!.
Ikan bolu (susu) bakar, kalau ke sini mereka akan tanya bahagian mana yang kita kehendaki kepala atau ekor?  Ikan ini jenis banyak tulang kecil, seeloknya minta yang bahagian kepala.
Sayur kangkung tumis, jangan kata Malaysian jer suka kangkung, Indonesian 100x lebih suka sayur ini sebab murah kot.
Ayam bakar, nampak togel je kan tapi sedap.
Harga makanan ribu-riban gitu, mau pengsan kalau bayar dalam RM, esok mesti kuar paper 1st page.
Close up sket ke tempat mereka bakar ikan tu, traditional method gitu.
Pemandangan biasa, rata-rata kedai makan di sini akan menyediakan menu bakar-bakar dan dapur membakar tu semestinya di luar kedai.  Sesiapa yang terlalu cerewet pasal hygiene tu mungkin susah lah nak terima.  Perut dah kenyang hati pun senang, teringat nak beradu lah pulak.  Simpan tenaga untuk perjalanan panjang keesokkan hari. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment