Monday 5 May 2014

Maggi Ketam Tiruan

Assalam...
Semalam pagi menghadap breakfast seorang-seorang.  Plan nak buat pankek tapi tak jadi, tak best makan seorang-seorang.  Berlegar-legar kat dapur mencari idea nak masak apa untuk sarapan.  Terpandang ada sepeket maggi, buka peti sejuk ada sayur dan crabstick (surimi ketam).  Ok dapat idea buat maggi ketam tiruan, crab stick tu kan ketam tiruan.  Ketam asli ngak ada dalam stock lagipun ngak boleh makan takut elergik dateng. 

En.Abe balik dari kerja malam, tak sampai hati nak kejut orang baru tido.   Saya pernah dengar seloka orang tua-tua, bila dah menghadap makanan, orang tidur jangan dikejut, orang jauh jangan dipanggil, dan jangan tinggal untuk orang yang tiada.  Macam ganas giler bunyinya kan? Takde rezekilah tu orang kata.  Akhirnya dia hanya perasan daku bersarapan apa setelah terpandang gambar yang ada di dalam kamera.  Keji punya bini makan sorang-sorang (mungkin kata hati dia kot).hehehe. 
Bila masak mee segera, haruslah dilambakkan dengan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa asli mee segera itu.

Resepi: Maggi Ketam Tiruan
Sumber: Mulia

1 paket maggi perisa ayam / kari
3 batang crabstick (surimi ketam) - potong dua
1 ulas bawan besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk cincang
4 biji cili padi - ketuk
sayur-sayuran - ikut suka nak letak sayur apa (saya letak carrot & sawi saja) 
2 cawan air
sedikit minyak

Cara Penyediaan
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.  Masukkan air dan perencah mee segera.
2.  Masukkan mee, dan crabstick.  Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan masakk hingga sayur dan mee lembut.
3.  Hidang bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment