Wednesday 11 June 2014

Menu Tradisi Bugis & Mandar - Tumisi' Penja (Penja' Tumis)

Assalam...
Selamat pagi kawan-kawan dah sarapan ker?  Masih ada cerita berkanaan kembara ke Sulawesi (tanah ogi) baru-baru ini.  Siapa tahu nama sepisis ikan kecil ini?  Orang sana panggil dengan nama Penja.  Mula-mula saya ingatkan ikan bilis kecil yang jenis putih itu, ternyata lain.  Nak kata anak udang pun bukan.  Dalam gambar boleh nampak jelas sebelah kanan tu ikan bilis dan kiri adalah Penja.
Padanan penja yang terbaik adalah dengan sayur bawang mandar.  Selalu mereka yang menjual Penja akan menjual sekali sayur ini, sejenis pokok bawang renek.  Klik sini nak tahu sayur itu macamana.
Menurut kakak saya Penja ini agak masin dan dia tidak meletakkan garam ketika memasaknya.  Cara nak sediakan pun senang saja, tumiskan bersama bawang, cili, tomato dan paling penting letak bawang mandar (pokok daun bawang kecil).  Sedap makan dengan nasi panas, saya makan mesti menambah.  Sukar nak lepaskan peluang yang jarang2 jumpa ini. 
Harga 1 liter tu 20,000rp dan semangkuk kecil itu 5,000rp dan Penja ini hanya didapati di bahagian Polman (Polewali Mandar) saja.  Rugi pulak rasa tak beli bawa balik hari tu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment