Wednesday 2 July 2014

Angin Mamiri, Pantai Losari

Assalam...
Salam Ramadhan kawan-kawan, hajat hati nak siapkan cerita tentang Sulawesi sebelum menjelang puasa ini, namun tiada kekuatan untuk berbuat sedemikian dengan macam2 alasan yang menjadi kekangan.  Ini cerita malam sebelum berangkat pulang bersiar-siar di kawasan Pantai Losari yang telah di upgrade menjadi waterfront.  Semasa kunjungan suatu masa dulu kawasan ini, taklah luas sangat, manusia pulak terlalulah ramai, nak jumpa kawasan lapang yang tiada manusia memang susah kat tempat ini.  Menunjukkan betapa ramainya penduduknya.
Untuk orang dewasa tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan selain untuk bersiar-siar.  Kadang-kadang jadi pemerhati gelagat orang ramai pun best jugak.
Jangan risau kalau terasa lapar atau dahaga, ada banyak gerai dan restoran di seberang jalan tu.  Kalau nak makan pisang epe, inilah tempatnya.
Setiap sudut kawasan Pantai Losari ini ada jer manusia, memang tempat ini tidak pernah sunyi terutama waktu petang hingga larut malam.
Kini terdapat monumen-monumen yang mewakili Suku kaum utama yang mendiami kepulauan Sulawesi terutamanya bahagian selatan dan barat adalah Makassar,
 Bugis
 Mandar
 Dan Toraja
Salah satunya adalah Perahu Pinisi lambang keberanian menjalankan sesuatu perinsip hidup sehingga timbul pepatah "Sekali Layar Terkembang Pantang Biduk Surut Ke Pantai" membawa maksud lebih rela tenggelam daripada kembali ke daratan.  Dengan semangat pepatah ini membawa mereka merantau meninggalkan daerah asal demi mencari penghidupan baru di seluruh nusantara.
Yang ini pula adalah monumen yang sangat sinonim dengan suku Toraja, berupa rumah adat  dan...
Kerbau buleng (kerbau putih yang berbintik hitam) yang melambangkan kedudukan dalam masyarakat Toraja.  Darjat dalam sosial dinilai daripada jumlah ekor kerbau yang dimiliki, dan jenis kebau putih adalah yang paling istimewa.
Saya terpandang satu dewan kecil yang menempatkan Makassar Art Space.  Kebetulan ada pameran seni lukis sedang berlangsung.  Saya suka melihat lukisan walaupun tak pandai nak melukis jauh sekali nak mentafsir cerita disebalik sesebuah lukisan.
I like this....
Turut digambarkan adat suku kaum Toraja dalam meraihkan sebuah perkahwinan.
Zaman dahulu seni kerajinan kaum wanita di Sulawesi banyak tertumpu pada aktiviti menenun kain sutera dan pemintal benang sutera.  Tenunan kain sutera yang terkenal dihasilkan di daerah seperti Sengkang dan tanah Mandar dan berkembang ke Kalimantan yang terkenal dengan (kain corak samarinda).  Sehingga kini masih terdapat penenun tradisi yang menghasilkan kain tenunan ekslusif menggunakan benang sutera (lipa' sabbe).
Semasa bersiar-siar tu terdengar pemuzik jalanan mendendangankan lagu Angin Mamiri (semilir angin) dalam bahasa Makassar yang mengisahkan tentang perasaan perantau yang terkenang akan kampung halaman mereka.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment