Monday 7 July 2014

Bening Daun Kelor (Munggai)

Assalam...
Anda boleh terima tak bila dihidangkan dengan sayur air seperti ini? orang utara kata kuah ceroi.  En.Abe sendiri akan tanya bila sesekali saya sediakan sayur ini, yang ini sayur apa?.  Maksud tak berapa berkenan ler tu, time makan pun dia ambik sedikit jer.  Bagi saya memang dah menjadi kebiasaan keluarga kami menyajikan sayur ini.  Dalam 7 hari seminggu 5 hari sayur bening baki 2 hari lagi mungkin sayur tumis atau masak lemak.  Saya anggap ianya sihat, sebab tak guna minyak.  Sesekali bila rasa teringin dan teringat zaman2 dulu saya sediakan untuk diri sendiri bertemankan ikan goreng atau ikan masak asam dan sambal tomato.   
Selalunya untuk menyediakan sayur bening, akan ada 2 atau lebih jenis sayur yang akan dicampur.  Seperti bayam + labu + kacang atau daun kacang + jantung pisang + terung.  Bagi yang tak suka terung jenis ini, boleh tukar kepada terung bulat yang hijau.
Selain kacang panjang, kita boleh tukar kepada kacang buncis atau kacang botol.  Sebenarnya untuk menyediakan sayur bening, pelbagai sayur boleh diguna padankan.
Penambah aroma untuk sayur bening, adalah daun kemangi.
Close up sikit rupa daun kelor ini, sebelum masak leraikan dari tangkainya ye.  Daun kelor ini dapat masa kami pergi cuci kereta, depan bengkel itu ada pokok ini.  Bila tanya pada tuan bengkel siapa yang empunya pokok tu dan saya nak minta sikit.  Suka hati bila dengar dia kata dia yang taman dan adik boleh ambik,  lepas tu dia sibuk bercerita khasiat daun kelor ini banyak kalsium lah baik untuk mata lah.  Wallahualam tentang khasiatnya sebab tak pernah ambik tahu, yang saya tahu saya dah makan daun ini sejak saya pandai makan sayur.
Bening Daun Kelor
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
Daun kelor
Kacang panjang (sebarang jenis kacang)
Terung (sebarang jenis terung)
Daun kemangi
Bawang merah (optional)
Ikan bilis (optional)
Garam dan perasa
Air

Cara penyediaan:
1. Jerangkan air hingga mendidih.  Boleh masukkan hirisan bawang merah dan ikan bilis kalau suka.  Tapi family saya selalu buat yang plain aje tanpa ikan bilis dan bawang.  Hanya tambah garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan potongan terung, dan kacang.  Biar hingga separuh lembut dan masukkan sayur yang berdaun kelor dan kemangi.  Serta merta boleh tutup api untuk mengelakkan sayur over cooked.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment