Monday 7 July 2014

Jajanan - Kuih Tradisi Orang Sulawesi

Assalam..
Teruskan bercerita pasal makanan, saya nak jamu kawan-kawan dengan kuih / jemilan tradisi orang Sulawesi. Jamu mata je tapi.  Ini antara yang dapat saya jumpa dan sebahagiannya telah dinikmati.  Hampir semuanya adalah manis tahap dewa memang tak agak-agak mereka letak gula (walaupun harga gula mereka lebih mahal dari harga gula kita di sini).  Saya pun tak teragak-agak minta air kosong nak dilute minuman yang mereka hidangkan untuk saya.  Bahan asas dalam pembuatan kuih mereka adalah daripada sumber asas yang senang didapati di sana seperti gula kabung (mereka panggil sbg gula merah), beras, pulut, sagu, kacang tanah dan telur itik.

Baje' atau baje' kambu diperbuat daripada pulut, kelapa parut dan gula kabung kemudian dibungkus dengan daun pisang kering (rasa ada persamaan dengan wajik orang Melayu)
Roti Kenari
Roti Kenari juga tapi versi yang guna gula kabung
Putu Beras
Nennu'-nennu' atau Karasa' (Melayu - Kuih Karas)
Dadar Belanda
Baje' Canggoreng (kacang tanah), yang ini spicy
Baje' Canggoreng versi manis gula kabung
Bagea' - sejenis cookies yang dibuat daripada tepung sagu
Pipang / Bepang
Bahulu Prakis, juga menggunakan gula kabung
Kuih Putih (direct translation daripada nama Beppa Puteh).  Unik penyediaan kuih ini dan proses agak lama, menggunakan tepung beras pulut, air abu dan telur.  Penyediaannya dengan cara menggoreng dan selepas itu akan dijemur beberapa hari sehingga warna yang kekuningan bertukar menjadi putih.  Kemudian akan disira dengan gula pasir.
Cemilan Orang Makassar, diperbuat daripada daripada jagung
Jagung gurih ini memang sedap, krak kruk krak kruk.
Sirap Pisang Ambon (DHT), ini lari tajuk sket tapi sebab nak tunjuk inilah sirap pisang ambon yang diletak dalam dessert terkenal orang sana iaitu PISANG HIJAU.
Jangan keliru, yang ini bukan kuih orang sana, ini jajan khas yang patut anda rasa bila anda berkunjung ke Sabah, Brunei atau Sarawak..Kuih Cincin (speciality suku kaum Brunei)
Wassalam.

No comments:

Post a Comment